Isu Tular Acara “Thai Hot Guy”, DBKL Bakal Ambil Tindakan – SU Politik PM

thai hot guy dbkl

Isu Tular Acara “Thai Hot Guy”, DBKL Bakal Ambil Tindakan – SU Politik PM

Pejabat Setiusaha Politik kepada Perdana Menteri mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan satu acara hiburan yang bakal dianjurkan oleh Privacy Club di Jalan Tun Razak pada 30 Mac 2023 ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di facebooknya hari ini.

Azman turut berkata pihaknya sudah pun melakukan penelitian ke atas iklan yang dimuat naik oleh akaun Facebook bar berkenaan.

”Pihak kami mendapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian Wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy, sebagai tarikan utamanya,” katanya lagi.

Justeru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kemudian menjalankan siasatan awal berhubung iklan penganjuran acara berkenaan.

”DBKL mendapati bahawa premis tersebut adalah dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd. Walaubagaimanapun lesen restoran syarikat terbabit telah tamat pada 4 Februari 2021 yang lalu.

”Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,” katanya lagi.

Susulan siasatan tersebut, DBKL kini dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran dan syarat-syarat oleh penganjur.

Terdahulu, tersebar di media sosial tangkap layar poster penganjuran acara berkenaan yang diiklankan akan diadakan pada hujung bulan ini.

Ia kemudiannya mendapat reaksi daripada warga maya yang berpendapat penganjuran tersebut tidak wajar diteruskan.

Beberapa pemimpin politik juga dilapor turut menyuarakan berkenaan isu tersebut dan mengeluarkan kenyataan rasmi masing-masing hari ini.

BACA: Perlu Ke Niat Puasa Setiap Malam Atau Boleh Niat 30 Hari Sekaligus? Ini Jawapan Mufti

Sumber: FB Azman Abidin

The post Isu Tular Acara “Thai Hot Guy”, DBKL Bakal Ambil Tindakan – SU Politik PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*