Itu gurauan, kami belum nikah – Tom

PETALING JAYA –  “Kami cuma bergurau dan saling mengusik berkenaan kahwin, tak sangka orang anggap betul.”

Itu penjelasan penyanyi Tom berhubung desas-desus kononnya dia sudah bernikah dengan kekasih hati, Fuad Rahman gara-gara video usikan dalam Instagram, kelmarin.

Pemilik nama penuh Raja Farah Afzal Raja Ikram itu berharap orang ramai tidak salah faham memandangkan mereka perlu melunaskan pelbagai perkara sebelum melangkah ke fasa tersebut.

“Setiap hubungan serius memang ingin ke jenjang pelamin, cuma bagi kami bukanlah sekarang biarpun masing-masing pernah berbincang hal ini.

“Mungkin dalam nada bergurau kami terlepas pandang dengan persepsi sekeliling hingga terkeluar berita yang tidak sahih.

“Jika benar kenapa tidak kita uar-uarkan perkara baik?” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu menerusi video secara langsung dalam TikTok baru-baru ini, Fuad dengan selamba menyatakan pasti ramai yang terkejut sekiranya dia dan Tom memberitahu kepada umum yang mereka sudah bernikah.

“Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak, suami pun pandai uruskan. Kalau cakap dekat mereka yang kita dah nikah mesti terperanjat kan,” kata Fuad.

Disebabkan Tom tiba-tiba menunjukkan tanda panik dengan menekup mulut Fuad membuatkan spekulasi sudah bernikah terus tersebar dan dipercayai ramai.

Sekitar Disember lalu, kedua-dua peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) itu mendedahkan kasih mereka kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah.

Masing-masing pernah melalui keruntuhan rumah tangga sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

The post Itu gurauan, kami belum nikah – Tom appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*