“Itu Poland…”, Netizen Indonesia Kecewa, Bendera ‘Merah Putih’ Di Sukan SEA Kemboja Terbalik

indonesia bendera terbalik

“Itu Poland…”, Netizen Indonesia Kecewa, Bendera ‘Merah Putih’ Di Sukan SEA Kemboja Terbalik

Semalam, majlis pembukaan Sukan SEA Kemboja 2023 diadakan dengan penuh meriah di Stadium Kebangsaan Morodok Techo, Phnom Penh.

Walaupun begitu, terjadi satu insiden kurang enak sebelum itu yang menarik perhatian warga negara Indonesia. Dalam satu tayangan pra-pembukaan, kelihatan bendera Indonesia yanng dikibarkan oleh seorang pemuda dipasang secara terbalik.

Dalam video yang tular, bendera berkenaan dipasang dengan warna putih di atas dan merah di bawah, yang merupakan bendera kepada Poland.

Perkara berkenaan turut menjadi tular di media sosial di sana dan meminta pihak penganjur supaya lebih peka dengan bendera sesebuah negara.

Menurut laporan Antara, acara pra-pembukaan yang diadakan sebelah petang itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube Press Office of The Council of Ministers Cambodia.

Susulan insiden itu, netizen negara seberang menyuarakan rasa tidak puas hati dan berpendapat insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku.

Difahamkan, Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Indonesia (NOC Indonesia) telah menghantar surat bantahan kepada tuan ruamh. Surat itu difahamkan dihantar kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Kemboja (CAMSOC) berkenaan isu tersebut.

Pemangku Setiausaha Agung NOC Indonesia, Harry Warganegara mengesahkan bahawa Kemboja telah menghantar permohonan maaf kepada Indonesia.

Pihak tersebut turut memberikan maklum balas terhadap surat bantahan itu dengan sangat pantas. Mereka juga memastikan insiden tersebut tidak akan berulang lagi dalam upacara Pembukaan Sukan SEA 2023 sebenar.

Bendera Indonesia terbalik, Kemboja mohon maaf

“Kemboja berhubung secara langsung dengan pihak kami dan bertindak dengan sangat pantas agar insiden serupa tidak berulang pada masa yang akan datang.” kata Harry dalam satu kenyataan bertulis di Phnom Penh pada Jumaat (5 Mei 2023).

NOC Indonesia telah menghantar surat bantahan bernombor 5.5.2/NOC-INA/SET/2023 bertarikh 5 Mei serta ditandatangani Herry Warganegara pada 5 Mei.

Surat bantahan tersebut ditujukan kepada Setiausaha Agung NOC Kemboja dan Ketua Pegawai Eksekutif CAMSOC, Vath Chamroeun.

Sehubungan itu, upacara pembukaan majlis tersebut telah melibatkan barisan kontijen-kontinjen negara dari rantau ASEAN. Acara tersebut telah berlangsung pada malam semalam di stadium yang sama.

Wira Malaysia untuk Sukan SEA 2023 segak mengenakan baju batik di bumi Kemboja

Upacara pembukaan pada kali ini menyaksikan seramai 677 atlet dan pegawai Malaysia segak berpakaian batik berwarna merah dan biru sewaktu upacara perarakan masuk para atlet.

Atlet wanita Malaysia dilihat kemas memperagakan pakaian batik berwarna merah, manakala atlet lelaki segak mengenakan kemeja batik berwarna biru.

Kemas Berbaju Batik, Kontinjen Malaysia Pamer Corak Tradisional Di Pentas Pembukaan Sukan SEA Kemboja

Kontinjen Malaysia diketuai oleh Ketua Kontinjen, Datuk Mohd. Nasir dan pembawa bendera, Sharmendran yang merupakan atlet Karate Do negara.

Kemboja yang buat julung kalinya menjadi tuan rumah bagi acara sukan dwitahunan ini akan mempertandingkan sebanyak 34 jenis sukan. Secara keseluruhan, sebanyak 340 acara dipertandingkan dalam temasya ini.

Upacara pembukaan pada malam ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. Majlis itu juga turut dihadiri oleh ramai tetamu kehormat negara dan antarabangsa serta peminat sukan di seluruh negara.

BACA: Siap Ada Akta Sendiri & Dinaungi YDPA Agong, Ini Fakta Menarik Pengakap Malaysia

Sumber: Antara

The post “Itu Poland…”, Netizen Indonesia Kecewa, Bendera ‘Merah Putih’ Di Sukan SEA Kemboja Terbalik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*