Izreen Azminda, Intan Saleh bergaduh lagi

SETIAP kali kisah rumah tangga artis diperkatakan lebih-lebih lagi kalau melibatkan episod rampas-merampas, kisah membabitkan Izreen Azminda dan Intan Saleh akan kembali diungkit ramai.

Diva pun tak faham kenapa. Tapi baru-baru ini, mereka didakwa kembali bertekak dalam media sosial apabila masing-masing mendakwa masih diganggu antara satu sama lain.

Diva sangkakan hubungan mereka sudah pulih tetapi semuanya meleset dan masih lagi berseteru.

Jika boleh selesaikan secara baik tanpa melibatkan sebarang campur tangan pihak berkuasa, lakukanlah.

Namun sekiranya sukar untuk berdamai, bawalah semuanya ke muka pengadilan dan noktahkan hubungan dingin yang sudah berlangsung bertahun-tahun lamanya.

Harap semuanya akan dapat diselesaikan. Sepatutnya pada tahun 2023 ini tidak wujud lagi kes selebriti bergaduh dalam media sosial tapi apakan daya, Tuhan yang menentukan segala-galanya.

DIVA: Bella Astillah sudah jelaskan hubungannya dengan Aliff Aziz tidak bermasalah. Hentikan spekulasi ya.

The post Izreen Azminda, Intan Saleh bergaduh lagi appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*