Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan

Majlis Ilmu Ramadan

Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan

PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) — Semua jabatan, agensi kerajaan dan kementerian diminta untuk menganjurkan majlis ilmu sepanjang Ramadan ini dengan memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata beliau telah mengusulkan perkara itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali supaya semua jabatan, kementerian, agensi mengadakan majlis singkat waktu zuhur.

“Dari jam 1 sehingga zuhur dengan tazkirah yang menumpu kepada satu ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat dihadam.

“Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya,” katanya semasa berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

BACA JUGA: Pembatalan Ceramah Ustaz Wadi: JAIS Kesal Ada Pihak Buat Hantaran Kurang Tepat

Anwar berkata beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan.

Sumber: BERNAMA

The post Jabatan, Agensi Kerajaan Diminta Anjur Majlis Ilmu Sepanjang Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*