Jadi Tumpuan Pelancong, Pergunungan Di Arab Saudi Dilapor Dilitupi Salji

Jadi Tumpuan Pelancong, Pergunungan Di Arab Saudi Dilapor Dilitupi Salji

Pergunungan Al-Jabal dan Alkan di wilayah Tabuk di barat laut Arab Saudi  kini dilaporkan dilitupi salji, lapor Arab News.

Menurut Pihak Berkuasa Am Meteorologi Arab Saudi,  penurunan salji juga akan meningkat dalam beberapa hari lagi di wilayah tersebut dan rakyat di sekitar wilayah itu juga teruja dengan ketibaan salji berkenaan.

Pelancong di wilayah tersebut juga dikatakan sedang membuat persediaan mendirikan khemah di kawasan salji di Tabuk sebelum berlakunya peningkatan penurunan salji di wilayah terbabit pada bila-bila masa.

Seorang jurugambar Arab Saudi, Fahd Al-Tarfawi tidak mahu terlepas peluang dan telah bergegas ke wilayah bersalji tersebut untuk mendokumentasikan suasana di situ.

Fahd juga memberitahu Arab News bahawa keadaan semasa ini sebagai sebuah “permulaan” yang tidak boleh diendahkan dan dia juga turut masih lagi menunggu ketibaan salji yang lebih besar seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi.

Kredit Arab News

Pemandu pelancong Ahmed Al-Omrani menjelaskan kepada Arab News bahawa salji itu mula turun pada pagi Ahad yang lalu, bagaimanapun ia tidak mencapai paras kebiasaan seperti tahun sebelum ini.

Ahmed turut berkata bahawa salji mula menutupi wilayah Alkan dalam tempoh ini pada setiap tahun termasuklah  di kawasan Jabal Al-Lawz yang terkenal.

Menurutnya lagi, pelancong hanya dibenarkan untuk mengambil gambar di Alkan pada masa ini kerana operasi pembangunan pelancongan utama NEOM sedang dijalankan di sana.

Ahmed juga berkata, wilayah Alkan adalah sebuah kawasan pelancongan yang par excellence. Di mana kawasan itu merupakan kawasan tanah rata yang dituruni salji lebih daripada tempoh sekali setahun.

Wilayah itu juga telah menjadi kawasan tarikan utama oleh warga Arab Saudi, serta Majlis Kerjasama Teluk yang tertarik dengan Tabuk terutamanya pada musim salji turun.

Ahmed menyatakan bahawa pelancong dari Eropah lebih memilih kawasan ini memandangkan keadaan cuacanya yang mirip dengan negara-negara di Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Pelancong dari wilayah teluk itu juga tidak ketinggalan untuk melawat dan melihat Tabuk dalam cuaca bersalji berikutan terpikat dengan salji yang turun setiap tahun dan keadaan semula jadi di wilayah tersebut.

Pelancong juga dikatakan telah berkhemah di sana lebih awal sebelum musim salji diumumkan oleh jabatan meteorologi. Mereka telah bersedia satu malam lebih awal untuk menyambut dan mengambil gambar sajli serta menikmati pengalaman itu sendiri.

Kredit Arab News

Pemandangan yang menakjubkan telah memberi peluang kepada pelancong untuk menikmati pengalaman yang luar biasa dengan ciri-ciri Eropah di wilayah Tabuk tersebut.

Sumber: Arab News

The post Jadi Tumpuan Pelancong, Pergunungan Di Arab Saudi Dilapor Dilitupi Salji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*