Jahit Kelopak Mata Mangsa Guna Tali Pancing, Ketahui Kisah Pembunuhan Kejam Di Alaska

Kisah Kejam Seorang Pembunuh Siri

Jahit Kelopak Mata Mangsa Guna Tali Pancing, Ketahui Kisah Pembunuhan Kejam Di Alaska

Setiap negara mempunyai pelbagai kes jenayah atau salah laku yang terjadi atas pelbagai faktor.

Antara jenayah yang sering kita lihat atau dengar termasuklah rompakan, keganasan, ragut dan tidak terkecuali jenayah membunuh.

Seiring waktu, kita telah didedahkan dengan pelbagai jenis kejadian bunuh yang amat mengerikan dan menyayat hati.

Namun, tahukah anda pada tahun 2012, dunia pernah digemparkan dengan satu kes pembunuhan yang berlaku di Alaska oleh seorang pembunuh bersiri.

Seorang lelaki yang berasal dari Utah di wilayah Amerika Syarikat difahamkan telah lama terlibat dalam kes pembunuhan bersiri sejak tahun 1998.

Sepanjang hidup, suspek telah membunuh sebanyak 10 orang di beberapa negeri termasuk Washington, New York, Vermont, dan Florida.

Gambar: FBI

Difahamkan, modus operandi suspek dalam semua siri pembunuhan adalah memilih sasaran secara rawak dan menukar kaedahnya bagi mengelak diri berjaya dikesan oleh pihak berkuasa.

Barangan atau senjata pembunuhan juga ditanam jauh selama bertahun-tahun sebelum digunakan semula bagi membunuh mangsanya.

Bagaimanapun, mangsa seterusnya (ke-11) di Alaska pada tahun 2012 menjadi saksi terakhir kekejamannya sebelum berjaya diberkas oleh pihak polis.

Pembunuhan Kejam Di Alaska

Pada tahun 2012, suspek telah tinggal di Alaska bersama teman wanita dan anak perempuannya yang berusia 10 tahun. Siapa menyangka di Anchorage, Alaska menjadi medan seterusnya buat suspek mencari mangsa.

1 Februari 2012, seorang remaja berusia 18 tahun yang merupakan pekerja di kedai Topi Common Grounds telah diculik.

Difahamkan, suspek datang ke tempat bekerjanya melalui pandu lalu (drive thru) sebelum menyatakan bahawa ia adalah satu rompakan pada ketika itu. Individu terbabit menyuruhnya untuk mematikan lampu sambil mengacukan pistol ke tingkap dalam kejadian sebelum jam 8 malam waktu tempatan.

Menurut The New York Post, suspek telah bertindak mengikat tangan mangsa dan menyumbat mulut dengan segenggam tuala sebelum dibawa pergi dengan sebuah trak pikap milik pembunuh berkenaan.

Kisah Kejam Seorang Pembunuh Siri
Gambar: Police Handout

Suspek turut mengatakan bahawa mangsa hanya diculik untuk dijadikan tebusan.

Bagaimanapun, kad kredit mangsa telah dirampas sebelum dipindahkan ke gudang peralatan di rumahnya pada sekitar jam 2 pagi dalam keadaan diikat leher.

Mimpi buruk mangsa baru sahaja bermula apabila suspek sewaktu itu sedang minum mengatakan bakal merogolnya sebelum mencekik mangsa dengan tali yang diikat pada leher.

Sejurus itu, suspek kembali ke rumahnya untuk mengemas beg pakaiannya dan anak perempuan kerana bakal bercuti bersama keluarga selama dua minggu sebelum meninggalkan kediaman pada jam 5 pagi.

Mangsa yang telah dibunuh kemudiannya telah dilaporkan hilang keesokan harinya. Perkara tersebut turut melibatkan pihak FBI yang turun padang bagi mencari mangsa.

Bagaimanapun usaha itu hanyalah sia-sia kerana suspek melakukan penyamaran sewaktu menculik mangsa selepas dinilai menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Siasatan juga sukar dijalankan berikutan tidak menemui sebarang petunjuk yang jelas.

Lebih teruk lagi, pada 17 Februari sejurus pulang daripada bercuti, suspek memalsukan kematian mangsa bagi memperolehi wang tebusan daripada ibu bapa mangsa. Suspek mendakwa mangsa masih hidup dan berjanji tidak akan mencederakannya.

Apa yang mengejutkan, suspek bertindak menjahit kelopak mata remaja perempuan itu dengan tali pancing bagi membuktikannya masih hidup, lapor Latin Times.

Kisah Kejam Seorang Pembunuh Siri
Gambar: Twitter

Suspek telah meminta sejumlah wang tebusan sebanyak RM131,130 untuk dimasukkan ke akaun bank mangsa dan ibu bapanya menuruti permintaan suspek.

Bagaimanapun, suspek tidak mengembalikan mayat mangsa malah telah bertindak memotong bahagian badan mangsa menjadi beberapa keratan sebelum dibuang ke dalam tasik beku di luar Palmer, Alaska.

Bagaimana Suspek Ditangkap

Selepas memperolehi wang tebusan, suspek mengembara ke beberapa lokasi seperti Anchorage, Arizona, New Mexico dan Texas sambil mengeluarkan wang yang diperolehi. Dari situ, pihak FBI telah membuat penilaian bagi menjejaki lokasi suspek.

Menjelang 13 Mac, seorang askar Texas di bandar Shepherd telah mengesan kereta yang digunakan oleh suspek yang diletakkan di sebuah hotel.

Askar terbabit telah bertindak mengekori suspek yang membawa kereta melebihi had laju sebelum menahan suspek. Hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam kenderaan berkenaan mendapati kad bank (ATM) mangsa, telefon bimbit dan sut penyamaran yang digunakan sewaktu menculik mangsa di kedai kopi.

Pada awalnya, suspek enggan memberi keterangan berhubung lokasi mayat mangsa ekoran tidak ditemui bersamanya. Namun setelah beberapa hari pada 2 April, suspek telah mengakui perbuatannya termasuk menjahit kelopak mata mangsa.

Suspek cuba larikan diri namun digagalkan oleh pihak berkuasa pada Mei 2012 dan akhirnya memutuskan untuk membunuh diri dalam penjara menggunakan sebilah pisau cukur di Kompleks Koreksional Anchorage di Alaska pada 2 Disember 2012.

Pihak polis mengesyaki suspek telah membunuh 11 orang mangsa berdasarkan 11 simbol tengkorak yang dilukis dengan darahnya.

Sumber: All Interesting.com

The post Jahit Kelopak Mata Mangsa Guna Tali Pancing, Ketahui Kisah Pembunuhan Kejam Di Alaska appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*