Jalan Kota Kinabalu-Sandakan Terputus Akibat Pembentung Runtuh

KOTA KINABALU (Bernama) — Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembentung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang semalam.

Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembentung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan tersebut dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan.

“Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru namun hanya untuk dilalui kenderaan kecil,” menurut kenyataan itu semalam.

Menurut kenyataan itu, semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utama menghubungkan Pantai Barat dan Timur negeri ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat pada 8.35 malam ini untuk beberapa kawasan antaranya di Pantai Barat Sabah melibatkan daerah Ranau, Tuaran dan Kota Belud hingga 1 pagi tadi.

Sumber: BERNAMA

The post Jalan Kota Kinabalu-Sandakan Terputus Akibat Pembentung Runtuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*