Jangan Beli Di Kawasan Merah, Lelaki Kongsi Cara Nak “Check” Kawasan Rumah Berisiko Dilanda Banjir

cara check kawasan rumah banjir

Jangan Beli Di Kawasan Merah, Lelaki Kongsi Cara Nak “Check” Kawasan Rumah Berisiko Dilanda Banjir

Sudah menjadi impian setiap orang untuk memilih rumah idaman mereka terutamanya pada usia muda.

Pemilihan utama yang sering menjadi keutamaan setiap pembeli semestinya harga yang ditawarkan oleh syarikat pemaju.

Selain itu, lokasi kediaman juga pasti akan menjadi salah satu sebab pemilihan bagi seseorang pembeli untuk mendapatkan rumah impian mereka.

Disamping lokasi yang strategik, kemudahan awam di sekitar lokasi rumah kediaman juga perlu di ambil kira oleh setiap pembeli terutamanya bagi kawasan bandar.

Namun, terdapat satu lagi faktor yang perlu diambil kira oleh pembaca berkenaan lokasi pemilihan rumah kediaman impian anda.

Faktor tersebut adalah kawasan yang selamat dan jauh daripada lokasi risiko banjir berlaku.

Oleh yang demikian, perkongsian pada hari ini akan berkongsikan berkenaan tips bagaimana cara untuk elakkan daripada terbeli rumah di kawasan yang berisiko untuk banjir.

Perkongsian video oleh seorang lelaki yang dimuat naik oleh @TikTokBerguna di laman Twitter ada berkongsikan berkenaan tips tersebut.

Menurut lelaki itu, lokasi rumah yang dipilih pada awal mungkin tidak akan menjadi kawasan berisiko banjir. Namun pembaca perlu melihat pemilihan lokasi tersebut dari sudut pandang di masa hadapan.

Kawasan itu mungkin dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang berkemungkinan menjadi kawasan yang berisiko banjir ekoran daripada peningkatan paras air laut.

Kredit Twitter

Guna laman web je nak semak kawasan berisiko

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan melayari laman web coastal.climatecentral.org. Kemudian pilih tahun yang anda jangkakan untuk tempoh waktu yang anda mahukan.

Kredit Twitter

Sebagai contoh, laman web itu akan mengeluarkan sebuah peta bagi negara kita berserta kawasan yang berisiko banjir dan ditenggelami air pada tahun 2050.

Di tepi peta tersebut juga terdapat ‘slider’ untuk memilih tahun yang anda kehendaki pada masa hadapan.

Lelaki itu turut sempat menasihatkan agar orang ramai tidak membeli rumah di kawasan yang berwarna merah seperti yang dipaparkan di dalam peta.

Kredit Twitter

Ini kerana kawasan bertanda merah merupakan kawasan yang berisiko untuk banjir dan ditenggelami air akibat peningkatan paras air laut.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Macam mana dengan perkongsian lelaki ni, berguna tak?

Semoga perkongsian ini akan memberikan pembaca ilmu dan manfaat agar dapat memilih rumah kediaman yang selamat daripada ditenggelami air.

Sumber: Twitter via TikTokBerguna

The post Jangan Beli Di Kawasan Merah, Lelaki Kongsi Cara Nak “Check” Kawasan Rumah Berisiko Dilanda Banjir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*