Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

jangan buat ini masa x-ray gigi nampak macam susuk

Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk

Sejak dari kecil lagi, kita diajar untuk menjaga kebersihan gigi. Di sekolah, kita sudah tentu pernah menerima tetamu seperti jururawat dari klinik pergigian yang datang berkongsi tips penjagaan gigi.

Walapun sudah dididik dengan ilmu penjagaan gigi sejak dibangku sekolah, ia tidak menjadikan golongan dewasa ‘kebal’ daripada berjumpa doktor gigi.

Lazimnya, kita ke klinik pergigian untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan gigi seperti scalling dan sebagainya. Adakalanya, kita menjejakkan kaki di klinik ini kerana mahu mencabut gigi yang berpunca daripada masalah tertentu.

Salah satunya kerana masalah gigi ekstra pada rahang atau disebut sebagai hyperdontia. Biasanya, gigi ekstra ini akan menyelit dalam barisan gigi yang sedia ada dan menyebabkan susunan gigi yang tidak teratur.

Selain itu, ia turut menyebabkan gusi menjadi bengkak dan menyukarkan individu tersebut untuk menjamah makanan dan mengalami kesakitan.

Kaedah untuk mencabut gigi ekstra ini juga tidak semudah mencabut gigi susu ketika zaman kanak-kanak. Kebiasaannya, gigi kekal akan mengisi tempat yang pernah diduduki gigi susu sebelumnya.

Ini memudahkan gigi susu untuk dicabut kerana gigi kekal yang tumbuh di bawahnya akan menolak gigi susu kehadapan.

Berbeza pula dengan gigi ekstra, terdapat kemungkinan ia tumbuh bak kata orang ‘ikut suka hati dia sahaja’.

Maka, pembedahan perlu dilakukan jika gigi ekstra tidak tumbuh mengikut susunan yang sepatutnya. Sebelum membuat pembedahan, pihak doktor akan memeriksa kedudukan gigi tersebut menerusi kaedah x-ray.

Ingat ambil susuk, doktor gigi nasihat wanita untuk tidak lakukan ini ketika mengambil gambar x-ray

Walau bagaimanapun, seorang doktor gigi di Facebook, Mohd Khairul Izwan menasihati orang ramai untuk tidak melakukan ‘ini’ semasa mengambil gambar x-ray.

“Orang perempuan kalau perlu ambil x-ray di bahagian muka atau melibatkan kepala, jangan lupa untuk tanggalkan semua pin tudung yang ada ya.

“Nak lebih baik, jangan pakai tudung yang perlu banyak sangat lilit sana lilit sini sampai kena pakai pin banyak-banyak.

“Ya, kami faham perempuan dengan pin tudung ni memang tak dapat nak dipisahkan, tapi berpada-padalah.” jelasnya.

Beliau menasihati kaum wanita untuk memakai tudung yang ringkas ketika mengambil gambar x-ray untuk gigi masing-masing.

“Bukan apa, takut tak pasal-pasal doktor ingat anda pakai susuk pula lepas tengok x-ray anda.” gurau Khairul.

Sungguhpun begitu, pemakaian aksesori ataupun objek sebarangan dapat mempengaruhi gambar x-ray anda secara umum.

Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada pihak perubatan, khususnya ahli radiologi berkenaan apa yang sebenarnya ada pada badan anda.

Bukan itu sahaja, objek-objek ini juga boleh menutup imej penting yang ingin dilihat pakar perubatan dalam tujuan mendiagnos penyakit.

Oleh sebab itu, orang ramai disarankan merujuk nasihat pakar dan memakai pakaian ringkas sebelum mengambil gambar x-ray.

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: Mohd Khairul Izwan via Facebook 

The post Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*