Jangan Muat Naik Kandungan Atau Pandangan Berbaur Kebencian Babitkan 3R – SKMM

kandungan 3r skmm

Jangan Muat Naik Kandungan Atau Pandangan Berbaur Kebencian Babitkan 3R – SKMM

CYBERJAYA —  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan hari ini memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan “3R” iaitu Perkauman (Race), Agama (Religion) dan Insitusi Diraja (Royalty) di media sosial dan aplikasi permesejan.

Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din memberi peringatan terhadap perkara tersebut susulan insiden melibatkan 3R yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Tambahnya, ia dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.

“Ucapan berbaur kebencian merujuk kepada kata-kata ucapan ataupun gambar yang menuduh, merendah-rendahkan nilai seseorang individu atas faktor perkauman, etnik, agama mahupun kewarganegaraan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihak MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik berhubung elemen 3R.

“Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara setahun atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan penguatkuasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Ia bagi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” maklum Salim lagi.

BACA JUGA: Jangan Hangatkan Suhu Agama, Kaum – PM Anwar

Sementara itu, bagi pemilik atau pentadbir portal berita dalam talian, media sosial dan aplikasi permesejan pula digesa untuk menggunakan kuasa editorial (penulisan) mereka untuk menguruskan komen-komen netizen di platform mereka.

Tegas Salim, pihak penyedia platform media sosial pula diminta untuk lebih bertanggungjawab dalam mengurangkan kandungan-kandungan berbaur provokatif dan berbahaya apabila dikesan.

“Sekiranya terjumpa kandungan berbaur hasutan, provokasi ataupun menghina agama, Institusi Diraja dan perkauman. Segera laporkan insiden tersebut kepada MCMC melalui portal aduan MCMC di pautan berikut https://aduan.skmm.gov.my/; talian aduan: 1800-188-030; WhatsApp di 016-2206262 dan email di aduanskmm@mcmc.gov.my.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/,” katanya.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

The post Jangan Muat Naik Kandungan Atau Pandangan Berbaur Kebencian Babitkan 3R – SKMM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*