Jangan Tak Tahu, Ini Rahsia Di Sebalik Bentuk Bibir Yang Dimiliki Oleh Setiap Orang

rahsia bentuk bibir

Umum mengetahui, manusia diciptakan secara pelbagai seperti muka, ketinggian, warna kulit dan sebagainya tidak menyerupai antara satu sama lain. Sungguh pun begitu, setiap yang diciptakan pasti mempunyai maksud dan kecantikan yang tersendiri.

Seperti bentuk bibir yang dimiliki oleh oleh segenap lautan manusia, ia juga mempunyai makna yang tersirat mengenai personaliiti diri. Secara saintifiknya, bentuk bibir ini memberikan gambaran luaran kepada orang ramai untuk mengenali seseorang.

Jadi sebenarnya apa maksud bentuk bibir yang dimiliki setiap orang ini? Mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktor yang menerangkan rahsia di sebalik bentuk bibir di bawah ini.

Miliki Bibir Seksi Persis Selebriti Cantik Ini? Pssttt… Ada Rahsia Di Sebalik Bentuk Bibir Anda!

Kredit: Hello Doktor

Bibir yang seksi seperti selebriti cantik Kilafairy dan Zahirah Macwilson sering menjadi idaman kebanyakan wanita. Tahukah anda, sebenarnya di sebalik setiap keunikan bentuk bibir ideal itu mempunyai rahsia personaliti tersendiri? Jom kita bongkar!

Keunikan karakter bibir

Selepas mata, bibir merupakan antara ciri wajah yang paling menarik untuk dilihat. Dengan senyuman manis, ia sedikit sebanyak boleh mengurangkan kesedihan yang dirasai.

Mungkin ramai yang tidak tahu, bibir juga boleh mendedahkan banyak perkara tentang personaliti diri anda.

Bahkan, sebenarnya berdasarkan face-reading science, setiap ciri badan memberikan gambaran tentang keperibadian diri. Menarik, bukan?

Ini bermakna setiap individu dilahirkan dengan keunikan tersendiri ini atas sebab tertentu, yang akhirnya menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya.

Beberapa fakta menarik tentang bentuk bibir dan sifatnya

Analisis bibir, atau turut dikenali sebagai Lipsology – dikaitkan dengan kemahiran Cina dalam face-reading.

Bermula dari aspek saiz, bentuk kepada keadaan konturnya, bibir boleh mendedahkan beberapa aspek penting keperibadian diri anda.

Bibir penuh & tebal

Individu dengan bibir jenis ini secara semula jadinya mempunyai sifat empati dan naluri keibubapaan yang sangat baik. Mereka dilahirkan penyayang dan sering menjaga orang lain – sama ada anak-anak, adik-beradik atau rakan-rakan.

Kredit: Hello Doktor

Mereka juga suka membina hubungan kukuh dengan pihak lain dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya.

Individu ini paling menghargai perhubungan dan jika terperangkap dalam situasi kompleks, mereka akan memikirkan tentang orang lain terlebih dahulu sebelum diri sendiri.

Bibir bawah tebal daripada atas

Happy-go-lucky adalah cara mudah untuk menjelaskan personaliti individu dengan gaya bibir ini.

Tempoh kerja 9-5 tidak bersesuaian dengan jiwa dan mereka sering hadir dengan rancangan baharu untuk meraih pendapatan seiring gaya hidup penuh keseronokan.

Mereka juga gemarkan pengembaraan dan sentiasa cuba mencari restoran dan tempat baharu untuk dilawati.

Mempunyai bibir jenis ini? Anda berjiwa ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baharu!

Bentuk bibir atas tebal daripada bawah

Kredit: Hello Doktor

Digelar drama queen kerana gemarkan perhatian yang diberikan kepada mereka. Beremosi namun, individu dengan personaliti ini sangat digemari ramai pihak.

Mereka juga berkarisma dan menyayangi kehidupan dengan sepenuhnya.

Percaya atau tidak, individu dengan gaya bibir ini dikatakan sebagai kelakar dan boleh membuat jenaka dalam apa jua keadaan.

Bibir nipis

Menggambarkan personaliti bukan sosial dan seseorang yang suka kekal dalam kawalan (berwaspada). Ada kalanya dilihat sebagai individu yang suka menyendiri.

Kelebihan keperibadian introvert ini menjadikan anda seorang yang mampu berdikari. Anda juga yakin walaupun bersendirian.

Namun dalam situasi berkumpulan, mereka yang memiliki jenis bibir ini mampu bergaul dengan cepat dan tidak kekok untuk berbual.

Kredit: Hello Doktor

Bibir atas dengan cupid bow bulat

Dianggap sebagai individu yang boleh dipercayai, matang dan mampu menangani sebarang isu dengan bertimbang rasa.

Mereka juga dikatakan mempunyai rasa belas kasihan dan baik hati. Anda cenderung untuk melupakan diri sendiri dalam situasi cuba untuk mengasihani orang lain.

Pun begitu, individu dengan bibir ini mempunyai sifat sensitif dan menjadikan mereka mudah marah – terutamanya jika dicetuskan oleh perkara seperti ketidakadilan.

Sumber: Hello Doktor

BACA: Boleh Jejaskan Penampilan Kalau Tersilap, Ini Tips Pilih Cermin Mata Ikut Bentuk Muka

The post Jangan Tak Tahu, Ini Rahsia Di Sebalik Bentuk Bibir Yang Dimiliki Oleh Setiap Orang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*