Jangan terpedaya Skim Bonus Hadiah Keluarga TM – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan ada mengeluarkan emel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah wang tunai di bawah skim bonus sebuah syarikat telekomunikasi.

MCMC menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, emel itu mengkehendaki mangsa menyelesaikan transaksi di Maybank sebelum dapat menuntut hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.

Menurutnya, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

“Justeru, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Tambah kenyataan itu, orang awam juga perlu berwaspada dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian.

“Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan terpedaya Skim Bonus Hadiah Keluarga TM – MCMC appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*