Jaringan tunggal Rashford pacu Manchester United kedalam kelompok 4 terbaik

WOLVERHAMPTON: United meneruskan momentum kemenangan apabila berkunjung ke Stadium Molineux untuk menumpaskan tuan rumah dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Perlawanan berlangsung dengan begitu rancak pada babak pertama, bagaimanapun tiada jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Selepas 76 minit perlawanan berlangsung, penyerang United, Marcus Rashford akhirnya meledak jaringan menerusi rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa.

Rashford berpeluang untuk mengandakan kedudukan bagaimanapun jaringannya pada minit ke 83 dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan pemain itu sebelum bergolek ke gawang Wolves.

Wolves tidak berputus asa dengan berusaha membedil kubu United dengan beberapa percubaan berbahaya di penghujung perlawanan, namun David de Gea cemerlang untuk memastikan gawangnya tidak dibolos, sekaligus memastikan United meraih tiga mata dalam perlawanan ini.

Kemenangan tipis ini sekaligus meletakkan skuad kendalian Erik ten Hag ke dalam kelompok empat terbaik dibelakang Arsenal, Manchester City dan Newscastle United.

The post Jaringan tunggal Rashford pacu Manchester United kedalam kelompok 4 terbaik appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*