Jasa Dikenang, Dr Noor Hisham Bersara 21 April Ini

Noor Hisham Bersara

Jasa Dikenang, Dr Noor Hisham Bersara 21 April Ini

KUALA LUMPUR — Setelah 35 tahun berkhidmat, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan bakal bersara wajib pada 21 April ini.

Panglima COVID-19 

Memetik laporan Bernama TV,  memaklumkan kenangan bersama lelaki berusia 60 tahun itu kekal terpahat dalam memori. Lebih-lebih lagi sewaktu negara berdepan penularan COVID-19 pada akhir Disember 2019 yang meragut ribuan nyawa.

Sehubungan itu, beliau layak digelar sebagai wira yang berkorban terhadap rakyat dan negara.

“Noor Hisham layak digelar ‘wira rakyat’ melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.

“Semoga dengan persaraan ini memberi peluang buat beliau beristirehat setelah berusaha keras demi kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“Biar jasa jadi kenangan,” maklum Bernama TV.

Kejayaan Paling Diingat

Sepanjang 35 tahun menabur bakti kepada rakyat, antara kejayaan yang paling diingati oleh warga Malaysia adalah beliau mendapat pengiktirafan daripada pihak antarabangsa.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dianugerahkan gelaran Anugerah The BrandLaureate atas kecekapan dalam menangani pandemik COVID-19  pada 2020.

Kejayaan tersebut turut dikongsikan oleh beliau di Facebook rasminya.

Perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan

Gambar: Facebook Noor Hisham Abdullah

Kepada semua pertugas barisan hadapan dan mereka yang berkhidmat di belakang tabir, saya dengan rendah hati mahu menzahirkan rasa bersyukur dan terima kasih kepada The World Brands Foundation atas pengiktirafan yang diberikan ke atas Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pemenang Anugerah The BrandLaureate – ‘Sijil Pengiktirafan & Penghargaan’.

Saya juga dengan rendah hati menerima Anugerah BrandLaureate untuk ‘Anugerah BrandLaureate Cemerlang 2020’.

Kedua-dua anugerah ini adalah hasil daripada dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan semua warga KKM dan beberapa agensi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik untuk rakyat dan negara.

BACA JUGA: Tan Sri Dr Noor Hisham “Trending” Di Twitter

Kita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan semasa pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelumnya. Walaupun begitu, kita berjaya mengatasinya bersama-sama.

Belum pernah lagi kita lihat sebelum ini seluruh jentera kerajaan dan masyarakat bekerja dengan lancar demi kesihatan awam, sehingga menjadikan slogan ‘Setiap Sektor Adalah Sektor Kesihatan’ menjadi kenyataan dan kini dicontohi oleh pihak lain.

Terima kasih kepada rakyat semua atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan sepanjang waktu mencabar ini.

Marilah kita terus memastikan negara tercinta kita ini menang dalam perang melawan musuh yang tidak nampak ini.

Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita.

Sumber: Bernama TV 

The post Jasa Dikenang, Dr Noor Hisham Bersara 21 April Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*