Jay Chao sedia tangguh konsert, beri laluan Piala AFF

PETALING JAYA – Gara-gara kehilangan 21,000 tempat duduk untuk aksi Piala AFF Sabtu ini disebabkan struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan, perbalahan antara penyokong Harimau Malaya dengan peminat penyanyi Taiwan itu masih belum reda sejak semalam.

Sehubungan itu, Jay Chou menerusi InstaStorynya sebentar tadi memaklumkan beliau sedia menunda tarikh konsert Jelajah Dunia Jay Chou di Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 15 Januari depan kepada suatu tarikh baharu untuk beri laluan kepada perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Thailand.

“Peminat Malaysia, saya tahu kepentingan dan keutamaan yang anda letakkan pada bola sepak.

“Saya boleh menunda konsert saya tiada masalah, tetapi anda kena tanya kepada penganjur tempat adakah konsert saya boleh ditangguhkan?.

“Saya tidak apa-apa, asalkan saya boleh menyanyi hanya untuk peminat saya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan laman Instagram milik penyanyi antarabangsa itu telah diserang oleh netizen Malaysia dan pada masa sama, peminat Jay Chou turut tidak berdiam diri serta mengecam tindakan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Jay Chao sedia tangguh konsert, beri laluan Piala AFF appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*