JDT diletakkan bersama gergasi asia

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada dalam balang satu bagi undian Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) yang akan berlangsung, Jumaat ini.

Skuad Harimau Selatan diletakkan bersama beberapa kelab ternama termasuk wakil Jepun, Vissel Kobe, Ulsan HD (Korea Selatan), Shanghai Port FC (China), Buriram United (Thailand) dan Central Coast Mariners (Australia).

Balang dua pula diisi dua wakil Jepun, Kawasaki Frontale dan Yokohama F Marinos serta dua wakil Korea Selatan, FC Pohang Steelers dan Gwangju FC,

Dua lagi pasukan yang turut berada dalam balang dua adalah Shanghai Shenhua FC dari China dan pemenang aksi play-off antara Shandong Taishan dan Bangkok United.

sumber: BH

Saingan edisi pertama ACLE musim 2024-25 akan bermula bulan depan.

JDT akan bermain lapan perlawanan, empat di tempat sendiri dan empat di gelanggang lawan dalam format liga 12 pasukan elit Asia Timur dengan lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.