JDT Merehatkan Beberapa Pemain

Johor bahru: Johor Darul Ta’zim (JDT) perlu bersedia untuk berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang bakal turun dengan misi membalas dendam apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Skuad kendalian Nafuzi Zain pastinya akan turun dengan corak permainan agresif bagi menebus kekalahan 1-5 secara agregat pada aksi separuh akhir Piala FA, baru-baru ini.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio bagaimanapun tetap meletak sasaran untuk memburu kemenangan bagi memastikan kedudukan di tangga teratas liga tidak terjejas selepas kehilangan selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan PDRM FC pada aksi 31 Julai lalu.

“Kami perlu perbaiki corak permainan terutama dalam keadaan bola mati kerana ia penting untuk menjaringkan gol walaupun pada aksi lalu tampak berkesan ketika melakukan serangan tapi banyak lagi boleh dipertingkatkan.

“Untuk aksi menentang Kedah buat kali kedua berturut-turut, kemungkinan ia perlawanan sukar bagi kami dan perlu berwaspada dengan penampilan mereka yang mahu menebus kekalahan pada aksi Piala FA.

“Apapun, aksi Piala FA dan saingan liga amat berbeza dan kami tetap akan tampil dengan permainan berintensiti tinggi dan kesempatan beraksi di laman sendiri tidak boleh dilepaskan untuk melakar kemenangan,” katanya.

sumber: HM

Bidoglio juga berkemungkinan akan menurunkan barisan pemain berbeza untuk berdepan KDA FC dengan merehatkan beberapa pemain namun akan membariskan kesebelasan terbaik pada aksi menentang anak didik Nafuzi.