Jelik, Suami Kaut Untung Jual Video Lucah Isteri

suami video lucah isteri

Jelik, Suami Kaut Untung Jual Video Lucah Isteri

Gara-gara didakwa mahu mengaut keuntungan, seorang suami di Indonesia sanggup menjual video lucah isterinya di media sosial kerana kekurangan wang perbelanjaan.

Lapor Okezone, kejadian terjadi selepas suami tersebut meminta isterinya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah kebun teh di Jawa Barat.

Menurut laporan, pada awalnya suspek (suami) mengatakan video tersebut hanyalah untuk kegunaan dan tontonan peribadi.

“Tiada niat untuk memperdagangkan,” katanya pada Isnin.

Namun selepas sebulan, suspek  bertindak untuk menjual video tersebut selepas mendapati mereka kekurangan wang untuk dibelanjakan.

Suspek juga sanggup mencipta akaun media sosial untuk menjual video isterinya kepada umum.

Dalam pada itu, suspek juga mengaku tidak memaklumkan keputusan yang dibuat berkenaan video itu kepada isterinya.

“Untuk suka-suka, untuk dapat pendapatan keperluan harian. (Isteri tak tahu) dijual. (Isteri) tahu selepas viral,” ujar suspek.

BACA: Nak Tambah ‘Followers’ Punya Pasal, Trend Kongsi Tips Pelik Di Media Sosial Makin Menjadi-jadi?

Suami isteri ditangkap

Bagaimanapun kegiatan jijik pasangan terbabit akhirnya berakhir apabila mereka ditahan polis kerana disyaki menjadi pengedar dan pelakon rakaman video tersebut, memetik Kompas.com.

Ketua Polis Bandung Kusworo Wibowo berkata kedua-dua suspek ditahan ketika berada di rumah mereka di Kota Bandung.

Difahamkan tangkapan itu dibuat susulan dengan video mereka yang tular di media sosial pada Mei tahun ini.

Selepas menjadi viral, Unit Siasatan Jenayah Polis Bandung menjalankan beberapa siasatan bermula dengan pemilik akaun media sosial yang menyebarkan video berkenaan.

Kemudian, pasukan tersebut melakukan siasatan dengan mengesan pemiliknya sehingga mereka menemui akaun yang menjual video-video tersebut.

Akhirnya seorang remaja berusia 17 tahun berjaya ditangkap dan disiasat.

Menurut Kusworo, daripada pengakuan remaja itu, difahamkan dia membeli video tersebut pada September 2022.

“Selepas semuanya, kami berjaya mendapatkan identiti pasangan tersebut,” tambahnya.

Dijual dengan harga RM30 ke atas

Jelas Kusworo, suspek juga mengakui telah menjual video isterinya di media sosial dengan harga sekitar RM30 sehingga RM92 setiap klip.

“Pengakuan suspek mengatakan video tersebut yang berdurasi kurang seminit dijual dengan harga RM30 hingga RM92 kepada bawah umur.

“Ia juga dijual semula dengan harga RM107,” jelasnya.

Kedua-dua suami isteri itu disiasat dan dituduh di bawah Undang-undang Pornografi dan Undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE) yang membawa hukuman maksimum penjara 12 tahun.

Sumber: Okezone, Kompas.com

The post Jelik, Suami Kaut Untung Jual Video Lucah Isteri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*