Jenayah Suami Terbongkar Saat Jenazah Isteri Dimandikan, Rupanya Mati Dibunuh

jenayah suami jenazah isteri

Jenayah Suami Terbongkar Saat Jenazah Isteri Dimandikan, Rupanya Mati Dibunuh

Jenayah kejam seorang lelaki terbongkar baru-baru ini saat jenazah isterinya dimandikan, dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut laporan Tribun Jatim, lelaki berkenaan pada awalnya mendakwa kemalangan sebagai punca kematian isterinya.

Namun, saat jenazah isterinya dimandikan, bukti perlakuan jenayahnya terdedah dan penipuannya terbongkar. Rupa-rupanya wanita berkenaan meninggal dunia kerana dibunuh kejam oleh suaminya sendiri.

Dalam laporan akhbar berkenaan, suspek dilapor berusia 27 tahun manakala mangsa berusia 24 tahun.

Suspek sebelum ini mereka cerita bahawa isterinya terlibat dalam kemalangan motosikal dan cedera sehingga meragut nyawanya.

Perkara berkenaan kemudian dilaporkan kepada polis yang seterusnya bertindak menggali semula kubur mangsa. Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan mendapati bahawa mangsa meninggal dunia kerana dibunuh.

Menurut polis lagi, bukti menunjukkan bahawa punca kematian mangsa kerana dipukul dengan tangan berkali-kali.

”Berdasarkan kesan luka, mangsa mungkin dipukul berkali-kali dengan tangan sehingga tidak berdaya untuk melawan. Akibatnya, berlaku pendarahan dalam dada dan kepala mangsa,” kata polis.

Menurut penduduk tempatan, mangsa ketika meninggal dunia dilaporkan sedang hamil dua bulan. Selain itu, pasangan suami isteri berkenaan juga dilaporkan sudah memiliki tiga cahaya mata yang berusia 18 bulan, 5 dan 9 tahun.

Terdahulu, keluarga mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena ketika jenazah mangsa dimandikan.

Menurut wakil keluarga mangsa, saat jenazah dimandikan mereka menemui banyak kesan lebam pada badan dan wajah mangsa, namun tidak menemui sebarang kesan luka.

Jenayah suami terbongkar saat jenazah isteri dimandikan, rupanya mati dibunuh

Ekoran itu, mereka meragui punca kematian seperti yang didakwa suaminya. Perkara berkenaan kemudian dilaporkan kepada Ketua Kampung mereka untuk tindakan lanjut.

Setelah mendapat laporan tersebut, Ketua Kampung seterusnya menghubungi pihak polis dan suami mangsa ditahan untuk disoal siasat.

Ketika disoal siasat, lelaki itu mengaku telah melakukan jenayah kejam tersebut.

Menurut lelaki berkenaan, berlaku pertengkaran diantara mereka berdua sebelum jenayah kejam berkenaan berlaku. Pertengkaran berkenaan dilapor berpunca daripada tindakan suspek menuduh isterinya curang, sebelum mangsa turut menuduh suspek berselingkuh di belakangnya.

Akibat hilang sabar, lelaki tersebut mengakui memukul isterinya sehingga tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

BACA: Pusat Beli Belah Mid Valley Dilaporkan Terbakar

Sumber: Tribunn News

The post Jenayah Suami Terbongkar Saat Jenazah Isteri Dimandikan, Rupanya Mati Dibunuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*