Jenazah Awang Askandar Selamat Dikebumikan Di Papar, Sabah

Jenazah Awang Askandar Selamat Dikebumikan Di Papar, Sabah

Jenazah Awang Askandar Selamat Dikebumikan Di Papar, Sabah

PAPAR, 27 Mei (Bernama) — Jenazah peserta misi pendakian Malaysia Everest 2023 (ME2023) Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni di sini pada 5.20 petang ini.

Terdahulu jenazah Awang Askandar, 56, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira 2.15 petang tadi.

Jenazah Allahyarham diterbangkan dengan penerbangan MH2646 pada 11.35 pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Hadirin kemudan membaca doa ringkas mendoakan kesejahteraan Allahyarham dan kemudian seramai 10 pegawai APM Sabah membawa jenazah dengan kawad penghormatan dari kawasan kargo ke dalam van jenazah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Menteri Luar Datuk Muhammad Alamin, Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed, serta abang Allahyarham iaitu Awang Asim Ampuan Yaacub, 57, antara yang hadir.

Pada kira-kira 2.30 petang, jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni, Papar dari KKIA, sebelum tiba di Masjid Jamek As Salam kampung tersebut pada 3.37 petang untuk dimandikan dan dikafankan.

Jenazah Awang Askandar kemudian disembahyangkan dengan diimamkan Imam Masjid Jamek As Salam Hamdani Omar bersama para hadirin sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni dengan mengikut istiadat penghormatan APM pada 4.38 petang dan selamat dikebumikan petang ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan Awang Askandar meninggal dunia sehari selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke Gunung Everest dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak, pada ketinggian kira-kira 8,000 meter dari aras laut.

BACA: Jenazah Awang Askandar Selamat Tiba Di T.U Teaching Hospital, Kathmandu

Sumber: Bernama

The post Jenazah Awang Askandar Selamat Dikebumikan Di Papar, Sabah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*