Jepun: Harga Telur Ayam Meningkat Akibat Selesema Burung Dan Kos Tinggi

harga telur ayam jepun

Jepun: Harga Telur Ayam Meningkat Akibat Selesema Burung Dan Kos Tinggi

TOKYO, 23 Feb (Bernama)Jepun mengalami kekurangan telur ayam dan lonjakan harga akibat wabak selesema burung dan peningkatan kos makanan serta buruh, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Keadaan itu juga menyebabkan harga juadah istimewa dan popular di restoran Jepun turut meningkat.

Sehingga Rabu, harga borong telur bersaiz sederhana di Tokyo ialah 335 yen (AS$2.49) sekilogram,  meningkat 81 peratus berbanding setahun lalu, menurut data penjual telur tempatan JA. Z-Tamago.

Harga itu melebihi paras tertinggi sejak 1986 iaitu 280 yen (AS$2.08).

Sejak wabak selesema burung melanda Jepun akhir tahun lalu, penternak ayam telah mengurangkan bilangan ayam telur susulan kenaikan harga makanan yang melambung tinggi sekali gus menyebabkan bekalan telur tidak stabil.

Rangkaian restoran seperti Sukiya, Yoshinoya dan Matsuya telah menaikkan harga produk utama mereka.

BACA: Pasar Raya, Kedai Runcit Di Lima Negeri Berdepan Kekurangan Bekalan Telur Ayam

Situasi itu menimbulkan kebimbangan tambahan kepada pengguna dan pembekal tempatan kerana telur biasanya merupakan antara barangan makanan yang harganya paling stabil di Jepun.

Pada Disember lalu, inflasi pengguna Jepun mencecah empat peratus berbanding tahun sebelumnya, paras tertinggi dalam tempoh 41 tahun, disebabkan kenaikan harga tenaga dan makanan yang tinggi.

Kenaikan harga mungkin tidak akan berakhir serta-merta, kata  ketua penganalisis di Institut Penyelidikan Ichiyoshi, Seiichiro Samejima.

“Ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan lagi untuk pulih akibat daripada kesan yang dicetuskan oleh selesema burung,” kata Samejima.

Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini

Sementara itu di Malaysia, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengatakan harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini.

Perkara itu merupakan usaha kerajaan untuk memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi.

Katanya, harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.

Harga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram.

Sumber: BERNAMA

The post Jepun: Harga Telur Ayam Meningkat Akibat Selesema Burung Dan Kos Tinggi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*