Jepun: Pembunuh Bekas Perdana Menteri Abe Didakwa Pada Jumaat

TOKYO, 13 Jan (Bernama) — Pejabat Pendakwa Raya Daerah Nara pada Jumaat mendakwa Tetsuya Yamagami, 42 atas tuduhan membunuh bekas Perdana Menteri Shinzo Abe, lapor Xinhua memetik laporan akhbar Yomiuri Shimbun

Dia juga didakwa melanggar undang-undang kawalan senjata Jepun, menurut laporan itu.

Tuduhan rasmi dibuat selepas Yamagami menjalani perbicaraan psikiatri enam bulan bagi menentukan kesihatan mentalnya.

Yamagami ditahan di tempat kejadian pada 8 Julai tahun lepas selepas didakwa menembak bekas perdana menteri Abe dua kali dari jarak dekat dengan pistol buatan tangan.

Abe, 67, ketika itu sedang menyampaikan ucapan di wilayah barat Nara, menjelang pilihan raya dewan negara.

Yamagami, bekas pekerja Pasukan Bela Diri Maritim, didakwa menyimpan dendam terhadap Gereja Penyatuan kerana meminta derma berjumlah sekitar 100 juta yen (US$774,000) dari ibunya.

Pembunuh itu dilaporkan percaya Abe mempunyai kaitan dan mempromosikan organisasi itu.

BACA: Bekas PM Jepun, Shinzo Abe Dilaporkan Meninggal Dunia

Sumber: Bernama

The post Jepun: Pembunuh Bekas Perdana Menteri Abe Didakwa Pada Jumaat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*