

Jepun Siasat Misteri Bola Besi Gergasi Terdampar Di Pantai
Kawasan pantai di Hamamatsu, Jepun terpaksa ditutup ekoran kemunculan sebuah objek besi gergasi misteri terdampar di situ pada Selasa, lapor New York Post.
Difahamkan, ‘bola’ (bentuk sfera) tersebut dilihat mencurigakan oleh seorang penduduk tempatan pantai berkenaan yang terletak kira-kira 155 batu dari Tokyo.
Susulan itu, dia membuat laporan polis sekitar jam 9:00 pagi hari kejadian dengan mengatakan “Sebuah objek bulat besar dihanyutkan di pantai”.
Difahamkan pada awalnya dia sedang menikmati pemandangan hujung minggu bersama isterinya di pantai itu sebelum menjumpai objek tersebut.
【動画】海岸に謎の鉄球?
静岡県浜松市の遠州浜海岸に
直径1点5メートルほどの
金属製の球体が
打ち上げられているのが
見つかりました警察が調べたところ
爆発の危険性はありませんが
どのような物かは詳しく
わかっていないということです pic.twitter.com/M8qpnfdWWy— NHK静岡放送局 (@nhk_shizuoka_) February 21, 2023
Menurut polis, objek berbentuk sfera itu berdiameter sekitar empat kaki dan dipercayai diperbuat daripada besi kerana terdapat karat pada bahagian luarnya.
Unit pemusnah bom siasat unsur bahan letupan pada bola gergasi
Bertindak pantas atas tujuan keselamatan, pihak polis terus membuat penutupan jalan kira-kira pada jarak radius 655 kaki di sekitar kawasan itu.
Pasukan pemusnah bom menjalankan siasatan terhadap objek berkenaan namun difahamkan, tiada sebarang unsur bahan letupan ditemui.
Sehubungan itu arahan sekatan pergerakan ditarik semula pada sekitar pukul 4 petang berikutnya dalam hari kejadian.
Bagaimanapun penemuan misteri itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut menarik perhatian media.
Ia susulan mengenai kes Amerika Syarikat (US) yang sebelum ini pernah menembak jatuh belon pengintip China, diikuti beberapa objek lain tidak dikenal pasti.
A suspicious object resembling an “iron ball about 1.5 m in diameter” was found on Enshuhama Beach in Hamamatsu City, Shizuoka Prefecture
Japanese
police have declared a 200-meter area off-limits due to the possibility of an explosion.https://t.co/6OJ2h746ut pic.twitter.com/M8cGD2usQz
— Saad Abedine (@SaadAbedine) February 21, 2023
Baca juga: Beijing Sahkan Belon Terbang Melintasi Amerika Latin Dari China
Dua minggu lalu, China mengesahkan belon yang dikenal pasti oleh Washington dan Bogota yang terbang di ruang udara Amerika Latin adalah dari negaranya.
Perkara itu disahkan selepas peranti tersebut ditembak jatuh oleh pihak keselamatan US.
Seperti yang dilapor AFP melalui NDTV, Pentagon berkata, belon pengintip yang disyaki dari China itu dilihat berterbangan di seluruh benua Amerika Latin.
Tentera Udara Colombia kemudiannya melaporkan objek dengan ciri serupa belon itu telah dikesan dan dipantau sehingga ia meninggalkan ruang udara negara.
Belon tersebut diterbangkan kerana ia sedang menjalankan siasatan mengenai penyelarasan dengan negara dan institusi lain untuk menentukan asal-usul objek tersebut.
Baca juga: Berjaya Tembak Jatuh, AS Cari Serpihan Belon Pengintip China
Sumber: news.com.au via New York Post
The post Jepun Siasat Misteri Bola Besi Gergasi Terdampar Di Pantai appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment