Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Jimin & J-Hope Derma

Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria

Ahli kumpulan BTS, Jimin dan J-Hope dipercayai telah menderma sebanyak RM700,000 untuk Turkiye-Syria ekoran daripada gempa yang melanda negara itu pada bulan lalu.

Memetik UNICEF Korea, Jimin dan J-Hope dikatakan menderma sejumlah RM350,000 (100 juta won) setiap seorang untuk membantu dalam mengurangkan beban kanak-kanak yang terjejas.

“Saya berharap sumbangan saya dapat membantu kanak-kanak yang terjejas di negara itu sekurang-kurangnya sedikit,” kata J-Hope.

UNICEF Kores dalam satu kenyataan mengatakan “BTS J-Hope mendermakan KRW 100 juta kepada Turkiye dan Syria.

“Bantuan kecemasan untuk kanak-kanak yang terjeas akibat gempa bumi dan menjadi ahli Kelab Kehormat UNICEF,” tambahnya.

Difahamkan, ramai orang dipercayai ‘turun padang’ untuk membantu mangsa yang terjejas akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud itu.

Hal ini kerana, gempa yang melanda selatan Turki dan utara Syria pada 8 Februari lalu telah menyebabkan puluhan ribu nyawa melayang.

Walaupun kerajaan dan organisasi antarabangsa sudah membantu, tidak ketinggalan juga selebriti dari seluruh dunia untuk turut serta menghulurkan bantuan.

Selebriti Korea yang turut beri bantuan derma

Misalnya, pelakon Bae Suzy yang menderma jumlah yang sama seperti Jimin dan J-Hope (100 juta won) kepada UNICEF untuk membantu kanak-kanak di negara itu.

Selain itu, kumpulan Twice juga dikatakan telah menderma RM690,000 (200 juta won) kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save the Children.

Sementara itu, Hyunjin dan Changbin -Stray Kids telah menderma sebanyak RM350,000 (100 juta won) setiap seorang dan Ryunjin  (ITZY) menderma RM70, 000 (20 juta won).

Malah, kumpulan IVE turut menyumbangkan sebanyak RM500,000 (150 juta won) kepada NGO Good Neighbors.

Jimin & J-Hope Derma
Kredit: Korea JooAng Daily

Tidak hanya itu, Haechan dan Doyoung daripada kumpulan lelaki NCT menyumbangkan RM350,000 (100 juta won) setiap seorang kepada Community Chest of Korea.

“Saya berasa sedih dengan berita bahawa rakyat Turkiye dan Syria menderita (gempa bumi). Saya menderma sejumlah wang kecil dengan harapan semua orang kembali ke kehidupan normal mereka,” kata Haechan.

Malah tidak dinafikan ramai lagi selebriti tempatan Korea yang membantu Turkiye-Syria seperti SM Entertainment juta telah menderma 200 juta won.

Ahli Running Man, Yu Jae Seok menyumbang sebanyak 100 juta won dan juara skating, Kim Yuna telah menderma sebanyak RM45,000.

BACA JUGA: Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

 

Sumber: News 18, Korea JooAng Daily

The post Jimin & J-Hope BTS Derma RM700,000 Untuk Kanak-Kanak Mangsa Gempa Bumi Turkiye-Syria appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*