Jiran lumur najis pada kereta kerana berebut kotak parkir

Seorang lelaki di England dirakam melumur najis pada kereta baharu jirannya selepas menuang air kecil ke dalam peti surat rumah mereka di Hampshire, lapor akhbar New York Post semalam.

Sue Waters, 59, berkata, dia dan suaminya Martin, 61, sedang bercuti di Cypress sebelum terkejut apabila melihat wajah jiran mereka menerusi kamera di lonceng pintu rumah pada 6 Ogos lalu.

Ketika kejadian, pasangan itu tidak dapat mengenal pasti cecair yang dituang lelaki berkenaan ke atas harta benda mereka dan bimbang ia mungkin bahan mudah terbakar seperti minyak petrol.

Mereka kemudian meminta anak perempuan dan menantu lelaki untuk memeriksa rumah itu.

“Ternyata dia menuang air kencing ke dalam peti surat dan melumur najis kucing di merata tempat termasuk kereta dan depan pintu rumah saya, sebelum pergi ke pintu belakang untuk menuang air kencing ke dalam tong sampah,” katanya.

“Anak dan menantu kami membersihkannya dengan mencuci lantai tetapi terpaksa membuang permaidani kerana berbau hancing. Kami sangat kecewa,” kata Sue.

Jiran kepada pasangan itu didakawa menuduh mereka mengambil tempat letak keretanya. Kedua-dua pihak telah bertengkar mengenai perkara itu dengan pasangan Waters mempunyai bukti bahawa ia kepunyaan mereka sebagai ‘ruang pelawat’.

Lelaki berkenaan bagaimanapun mempersoalkan isu tersebut dan kerap mengetuk pintu rumah pasangan itu untuk memberitahu mereka supaya berpindah.

“Polis mengatakan ia bukan satu tindakan jenayah, jadi dia berjaya melepaskan diri daripada segala perbuatan tanpa sebarang masalah,” kata Sue. – Agensi

BACA: Seorang lelaki dipatuk ketika cuba cium ular

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*