Connect with us

Semasa

Jiran Mangsa Bunuh Dedah Kejadian Sebenar, Jumpa Surat Fasakh Dan Nampak Suspek Bawa Keluar Tong Air

Masalah rumah tangga dipercayai salah satu sebab mengapa seorang suami menembak isterinya dengan kejam sebelum memasukkan mayat ke dalam tong air dan menguburkannya di ladang serai.

Terbaru kini, salah seorang jiran mangsa tampil membuka mulut untuk memberitahu mengenai kejadian yang menimpa wanita ini. Berdasarkan laporan yang dipetik oleh Kosmo, pasangan itu mempunyai masalah perkahwinan dan sedang dalam proses perceraian.

Semasa pemeriksaan, polis juga menjumpai sepucuk surat fasakh di kediaman pasangan ini. Malah, sehari sebelum kejadian, mangsa pulang dari tempat kerja lebih awal dari biasa. Dipercayai bahawa pada waktu malam pasangan itu bertengkar sehingga terdengar jiran tentangga lain.


Bukan hanya itu, jiran juga melihat suspek mengeluarkan tong air biru dari kediamannya.

Esok pagi (Ahad) saya mendapat tahu dia hilang tidak balik ke rumah. Ada jiran membuat laporan kepada polis kerana curiga dengan tindakan suaminya.

Berikutan itu, suspek bersama dengan individu lain ditahan oleh polis dan semasa soal siasat, suspek mengaku telah membunuh isterinya.

‘Kesan tembakan jarak dekat’..

Foto: Kosmo

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof melaporkan bahawa hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di badan mangsa.

Turut dikesan ialah beberapa butir logam timah dipercayai peluru senapang angin di dada dan perut mangsa kesan tembakan pada jarak dekat.

Dia menjelaskan bahawa polis masih menunggu laporan lengkap mengenai hasil bedah siasat dari hospital.


 Sumber: KosmoHarian Metro


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags