JPJ kesan iklan palsu lesen terbang

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengesan satu lagi iklan yang menawarkan khidmat lesen terbang menerusi laman sosial Facebook.

JPJ menerusi kenyataan menjelaskan bahawa iklan berkenaan adalah palsu yang dikesan menerusi akaun Faceboook https://www.facebook.com/profile.php?id=100082169380965&mibextid=ZbWKwL.

“Siasatan awal mendapati, akaun itu didaftarkan atas nama individu, Lee Jia Ning yang menawarkan khidmat mendapatkan lesen kereta (kelas D), lesen motosikal (kelas B2) dan Lesen Vokasional (GDL & PSV), tanpa perlu hadir ujian komputer dan JPJ.

“Sindiket turut meletakkan nombor telefon individu bernama Steven (018-7641526) bagi mengumpan dan menjerat pengguna Facebook,” katanya.

Katanya, JPJ memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan akan membuat laporan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jelasnya lagi, JPJ turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ berdekatan bagi mendapatkan maklumat lebih tepat dan sahih. – UTUSAN

The post JPJ kesan iklan palsu lesen terbang appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*