Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia

Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia

Buku autobiografi Putera Harry berjudul ‘Spare’ yang dilancarkan baru-baru ini dikhabarkan telah menjadi buku bukan fiksyen terlaris di dunia.

Memetik dari Geo News, sebanyak 1.43 juta naskah karya kerabat diraja British itu berjaya dijual pada hari pertama memasuki pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

Ditulis bersama penulis novel dan wartawan terkemuka Amerika, J.R. Moehringer, sebanyak 2 juta cetakan dikhaskan untuk pasaran Amerika Syarikat dan kini sedang dalam proses cetakan kedua untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pembaca disana.

Dengan angka berkenaan, buku Putera Harry telah memecahkan rekod dunia yang dahulunya dipegang oleh buku keempat karya bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama yang bertajuk A Promised Land (2020). Buku berkenaan terjual sebanyak 887,000 naskah pada hari pelancarannya.

Walaupun harga jualan ditetapkan sebanyak $36 (RM156.06) di Amerika Syarikat dan £28 (RM148.46) di UK, difahamkan ramai penjual menjual buku berkenaan dengan harga diskaun sehingga 50 peratus.

“Setakat yang kami tahu, satu-satunya buku yang terjual lebih banyak pada hari pertama adalah buku berkenaan seorang lagi Harry (merujuk Harry Potter).,” kata Larry Finlay, pengarah pengurusan di Transworld Penguin Random House.

Terdahulu, Duke of Sussex, Putera William, 38, mengejutkan banyak pihak apabila mendedahkan bahawa telah membunuh 25 orang, dipercayai anggota Taliban, ketika bertugas di Afghanistan sebagai anggota tentera menerusi buku tersebut.

Pendedahan tersebut menimbulkan kebimbangan berhubung keselamatannya yang mungkin menjadi sasaran balas dendam pengganas selepas ini.

BACA: Putera Harry Dedah Bunuh 25 Orang Ketika Bertugas Di Afghanistan, Anggap Hanya Buah Catur

Sumber: Geo News

The post Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*