Jururawat, Suri Rumah Didakwa Perdagangkan Bayi

Jururawat, Suri Rumah Didakwa Perdagangkan Bayi

IPOH, 25 Jan (Bernama) — Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan pada 2020.

Jururawat (41) dan suri rumah (52), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama untuk mencapai niat sama memperdagangkan seorang bayi perempuan berusia sembilan hari iaitu sejenis eksploitasi yang menyalahi undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan letak kenderaan berdekatan sebuah hospital swasta di Manjung, Perak, kira-kira 12 tengah hari, 18 Jun 2020.

Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan boleh dihukum dengan sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 manakala peguam Mohd Firdaus Mohd Farouk yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan rendah ke atas jururawat yang merupakan ibu kepada lima anak dan suri rummah yang tidak bekerja serta sakit jantung dan kencing manis, atas alasan mereka hadir ke mahkamah mengikut tarikh ditetapkan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Feb ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

— BERNAMA

BACA: “Saya Pergi Dulu, Jangan Menangis Ya”, Pesan Akhir Atuk Buat Nenek, ‘Pergi’ Sehari Selepas “Anniversary”

Sumber: Bernama

The post Jururawat, Suri Rumah Didakwa Perdagangkan Bayi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*