Jutawan ‘Pak Arab’ Menang Tiket Bidaan RM11.2 Juta, Tengok Messi & Ronaldo Beraksi Khamis Ini

tiket ronaldo-messi

Seorang ahli perniagaan di Arab Saudi layak menang tiket bidaan perlawanan persahabatan menyaksikan pertemuan Ronaldo dan Messi Khamis ini.

Sanggup membida harga tinggi, seorang jutawan hartanah Arab Saudi dilapor akan menyaksikan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi beraksi dalam perlawanan persahabatan selepas memenangi bidaan tiket bernilai RM11.2 juta, lapor AFP.

Perlawanan pada Khamis di Riyadh itu akan mempertemukan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menentang pasukan pilihan iaitu kelab baharu Ronaldo, Al Nassr dan pesaingnya, Al Hilal.

Menurut sumber yang rapat dengan kelab terbabit, perlawanan itu merupakan aksi pertama Ronaldo beraksi di Arab Saudi sejak menandatangani kontrak dengan Al Nassr selama tiga tahun hingga 2025 dengan nilai RM933 juta.

Difahamkan juga, pemenang Ballon d’Or lima kali itu dijadualkan membuat penampilan sulungnya di Liga Pro Saudi untuk Al Nassr pada Ahad depan.

Bidaan tinggi untuk sumbangan kerja amal

Bagi mempromosikan perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada Khamis ini, seorang penasihat di Mahkamah Diraja, Turki al-Sheikh dan ketua penguasa hiburan Am Arab Saudi mengumumkan bidaan amal untuk tiket istimewa.

Tiket istimewa itu memberi faedah kepada pemenangya, iaitu mereka berpeluang bergambar bersama pemain dan akses ke bilik persalinan.

Difahamkan pembidaan tersebut bermula pada kadar RM1.1 juta dan ia ditutup pada malam Selasa mengikut waktu tempatan.

Justeru pemenang bidaan tersebut diumumkan di laman Twitter oleh Sheikh, dengan bidaan sebanyak RM11.2 juta yang dibuat oleh Mushref al-Ghamdi.

“Tahniah, anda layak mendapatnya dan semoga Tuhan membalas anda dengan kebaikan,” kata Sheikh kepada pemenang tersebut.

Selain Messi, bintang PSG lain yang dijangka turut beraksi termasuklah penyerang muda Kylian Mbappe dan Achraf Hakimi yang berjaya membawa Maghribi sebagai pasukan Arab & Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Dalam pada itu hasil daripada bidaan tersebut akan disalurkan kepada kempen amal kebangsaan yang dikenali sebagai Ehsan.

Menurut sumber rapat Al Nassr, difahamkan Ronaldo dijangka akan menerima RM1 bilion, termasuklah bayaran berasingan untuk tugasnya sebagai duta dalam Piala Dunia yang dibuat oleh Arab Saudi, Mesir dan Greece.

Sumber: AFP via Yahoo!

BACA: Peguam Oman Tawar US$1 Juta Untuk Bisht Dipakai Messi Pada Piala Dunia

The post Jutawan ‘Pak Arab’ Menang Tiket Bidaan RM11.2 Juta, Tengok Messi & Ronaldo Beraksi Khamis Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*