Kabinet baharu Sabah ikut formula Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU – Kabinet baharu negeri Sabah diumumkan, hari ini, adalah mengikut salah satu formula Kerajaan Perpaduan seperti disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya menegaskan keputusan tidak memasukkan Parti Warisan (Warisan) disebabkan pihak berkenaan sebelum ini terlibat dalam usaha menggulingkan Kabinet negeri.

“Ia persetujuan bersama untuk tidak menerima mereka. Oleh itu, mereka kena terima hakikat, bertenang dan jadilah pembangkang yang membina.

“Kita sama-sama tumpukan urusan membangunkan Sabah,” katanya ketika ditemui media di pintu Utama Istana Seri Kinabalu sejurus Istiadat Mengangkat Sumpah Jemaah Kebinet Baharu Negeri Sabah hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada dirinya ada menerima sebarang tindakan daripada UMNO Pusat ekoran tindakannya membelakangi keputusan parti bagi menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Shahelmey juga dilantik sebagai Menteri Kerja Raya Sabah memaklumkan ada pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lalu, namun tiada perbincangan dibuat antara mereka.

“Saya masih ahli UMNO dan setakat ini belum mendapat sebarang khabar daripada pimpinan UMNO.

Sementara itu, Shahelmey turut mengesahkan dirinya tidak akan hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) kerana beliau bukan perwakilan selain terbabit dengan portfolio terbaharunya. – KOSMO! ONLINE

The post Kabinet baharu Sabah ikut formula Kerajaan Perpaduan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*