Kadar Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7

Kadar Zakat Fitrah Selangor

Kadar Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) — Kadar zakat fitrah bagi Selangor kekal RM7, RM14 dan RM21 seorang tahun ini, menurut Lembaga Zakat Selangor (LZS).

LZS dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar itu ditetapkan berdasarkan harga beras semasa mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan umat Islam di negeri itu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram beras.

Kadar zakat fitrah RM7 seorang adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan harian beras jenis “super special” tempatan dan ia kadar wajib minimum diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Kadar RM14 seorang adalah bagi beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni dan beras wangi manakala RM21 seorang bagi beras jenis basmati, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” menurut kenyataan itu.

LZS turut memaklumkan seramai 2,642 orang Penolong Amil Fitrah (PAF) dilantik di seluruh Selangor sepanjang Ramadan tahun ini bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat fitrah.

Pembayaran juga boleh dibuat melalui 17 Penolong Amil Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 92 Maahad Tahfiz serta sekolah agama swasta di Selangor.

Menurut kenyataan itu, LZS turut menyediakan pelbagai platform pembayaran dalam talian  termasuk EZakatPay, portal MyEg, Pos Online serta aplikasi e-dompet GoPayz dan Boost.

” LZS juga membuka 18 cawangan di seluruh Selangor selama tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan ini bermula dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, manakala pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula 9 pagi hingga 3 petang,” menurut LZS.

Sumber: BERNAMA

The post Kadar Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*