Kajian sahkan wanita lebih rajin bekerja berbanding lelaki

NEW YORK – Wanita bekerja lebih kuat berbanding kaum lelaki, demikian menurut keputusan satu kajian antropologi tentang pembahagian kerja antara jantina di pelbagai negara seperti dilaporkan portal berita Wion News kelmarin.

Lelaki yang hidup berasingan daripada isteri atau dinamakan duolokaliti dan lelaki yang hidup bersama keluarga atau patrilokaliti, didapati melakukan usaha yang jauh lebih sedikit berbanding wanita.

Keputusan itu adalah berdasarkan kajian antropologi yang dilakukan oleh portal berita The Conversation dan diterbitkan dalam jurnal saintifik, Current Biology.

“‘Bersurai’ semasa perkahwinan menjana ketidakseimbangan dalam tawar-menawar berkaitan beban kerja, “ kata kajian itu.

Dalam menghuraikan istilah kajian tersebut, dinyatakan bahawa ‘bersurai’ merujuk kepada senario di mana wanita meninggalkan tempat asal mereka untuk keluar mencari rezeki.

Penyelidikan itu juga merujuk kepada amalan kaum lelaki yang tinggal bersama keluarga mereka dikenali sebagai patrilokaliti, manakala si isteri mengembara bagi mencari pekerjaan.

Matlamat kajian adalah untuk menentukan siapa yang bekerja paling keras di rumah dan puncanya dengan menganalisis kumpulan penternakan dan penggembalaan di kawasan sempadan Tibet di pedalaman China.

Berdasarkan tinjauan itu, kaum lelaki mengambil purata lebih 9,000 langkah setiap hari, berbanding wanita lebih 12,000 langkah.

Kesimpulan kajian tersebut mendapati wanita bekerja lebih banyak jam dalam setiap minggu apabila kedua-dua gender ‘bersurai’. Menurutnya, beban kerja yang saksama hanya berlaku apabila lelaki keluar bekerja dan wanita tinggal di rumah. – Agensi

The post Kajian sahkan wanita lebih rajin bekerja berbanding lelaki appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*