Kaki Ayam Empuk Dan Tidak Hamis, Ini Rupanya Tips Mudah Yang Ramai Tak Tahu

Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan.

Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.

Jangan khuatir lagi, guna tips ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas

Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.

2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.

Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.

3. Rebus dengan aneka rempah

Bagi mempercepatkan proses rebusan, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.

4. Masak dengan rempah pedas

Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.

Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan tidak hamis.

Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba

BACA: Cara Masak ‘Kari Ayam Versi Nepal’ Tanpa Guna Santan, Ganti Yogurt Lagi Sedap Berlemak

Sumber: Petua Ibu

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*