Kambing ‘Sado’ Berjaya Dirakam Di Sebuah Pergunungan

Kambing Sado

Kambing ‘Sado’ Berjaya Dirakam Di Sebuah Pergunungan

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan seekor kambing gunung ‘sado’ sedang mencari makan yang berjaya dirakam.

Klip video berdurasi selama enam saat itu mendapat berjuta-juta tontonan hanya beberapa jam selepas ia dikongsi di Twitter.

Video tersebut telah dikongsi oleh akaun bernama @OTerrifying di laman Twitter miliknya.

Perkongsian itu turut disusuli kapsyen yang berbunyi: “Kambing gunung berotot besar dilihat di dalam hutan.”

Seperti apa yang digambarkan, dapat dilihat menerusi video itu bahawa seekor haiwan berwarna putih berbulu tebal muncul dari semak samun.

Ia juga kelihatan seperti sedang mencari makanan hanya beberapa meter dari tempat jurukamera sedang merakamnya.

Haiwan itu mempunyai ciri yang menarik seperti lapisan bulu berwarna putih tebal, ekor pendek dan tanduk berwarna hitam.

Jurukamera berkenaan menjaga jarak selamat dari haiwan tersebut dan merakamnya sehingga ia berlalu pergi dan hilang di sebalik pokok.

Kredit Oddly Terrifying

Perkongsian video tersebut telah menerima komen yang pelbagai, dengan ramai yang mengaitkannya dengan makhluk mitos misteri yang digelar sebagai Bigfoot.

Antara komen yang diterima adalah:

“Nampaknya ia seperti telah makan semua kambing yang kecil,” tulis seorang pengguna.

“Saya ingatkan, saya sedang melihat serigala jadian,” tulis seorang lagi pengguna.

Memetik Daily Star, kambing gunung yang dilihat dalam video itu biasanya dilihat di kawasan pergunungan. Ia biasa dikesan di pergunungan yang terletak di barat Amerika Utara seperti Alaska.

Haiwan herbivor itu menghabiskan sebahagian besar masanya dengan meragut tumbuhan dan boleh mendaki sehingga ketinggian 4,000 meter dari paras laut.

Haiwan yang berada di kawasan hidupan liar dinasihatkan untuk tidak didekati kerana ia boleh bertindak ganas di luar jangkaan kita.

Perkara itu dapat dilihat dalam kejadian yang berlaku di Taman Negara India baru-baru ini seperti yang disiarkan oleh Siakap Keli.

Dalam insiden itu, enam orang pelancong yang menaiki jip safari tercedera selepas kenderaan dinaiki mereka itu terbalik akibat dikejar dua ekor badak sumbu.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan dua ekor badak muncul secara tiba-tiba dari arah tumbuhan tinggi di tepi jalan di Taman Negara Jaldapara India, Bengal Barat.

Disebabkan terkejut, pemandu kereta jip tersebut memecut secara mengundur dengan laju ketika haiwan itu mengejar mereka.

Pelancong yang panik kedengaran dalam video sedang menjerit sebelum jip berkenaan terbabas dari jalan lalu terbalik dengan penumpang terperangkap di bawahnya.

Dua ekor badak sumbu yang agresif itu kemudiannya dapat dilihat berlari melepasi kenderaan yang terbalik tersebut.

Memetik News 18, enam orang pelancong itu dilaporkan mengalami kecederaan semasa kejadian dan telah dirawat di pusat kesihatan Madarihat.

Sumber: Daily Star

The post Kambing ‘Sado’ Berjaya Dirakam Di Sebuah Pergunungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*