Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Meninggal Dunia

kanak-kanak bangladesh dalam kontena

Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Meninggal Dunia

SEORANG kanak-kanak warganegara Bangladesh yang ditemui di dalam kontena di Pelabuhan Klang pada Januari lalu dilaporkan sudah meninggal dunia.

Menurut perkongsian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kolam berhampiran rumahnya.

“Menerima berita sedih, kanak-kanak dari Bangladesh yang pernah kita selamatkan dulu sewaktu terperangkap dalam kontena di Pelabuhan Klang telah menemui Pencipta.

“Md Ratul Islam Fahim ditemui meninggal dunia akibat lemas ketika mandi berseorangan di kolam berhampiran rumahnya di Monoharganj, bandar Comilla semalam.

“Moga roh Allahyarham Md Ratul Islam Fahim dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga bersama orang beriman, Insya-Allah,” katanya menerusi perkongsian di Twitter.

Kanak-kanak Bangladesh terkunci enam hari dalam kontena

Imbas kembali, media sebelum ini melaporkan bahawa kanak-kanak tersebut ditemui dalam kontena di Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang, dipercayai baharu tiba ketika itu.

Menurut laporan Awani ketika itu, kapal berkenaan dilaporkan berlepas dari sebuah pelabuhan di Bangladesh pada 13 Januari lalu.

Difahamkan kanak-kanak terbabit dipercayai terkunci di dalam kontena berkenaan selama enam hari sebelum ditemui.

Awani melaporkan, sumber berkata segalanya bermula apabila salah seorang kakitangan pelabuhan mendakwa dirinya terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena berkenaan.

Siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit dipercayai tertidur di dalam kontena berkenaan, selain tidak sedar ia dibawa ke dalam kapal sebelum berlepas.

Berdasarkan video, kanak-kanak tersebut ditemui dalam keadaan lemah tidak bermaya semasa keluar dari kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota polis bantuan pelabuhan tersebut.

Rakaman berdurasi 56 saat tersebut tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Difahamkan, dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, selain turut menjalani proses dokumentasi sebelum berjaya dihantar kembali ke Bangladesh menggunakan kapal sama.

Sumber: Twitter Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

The post Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*