Kanak-Kanak Disahkan Mati Selepas Ditemukan Dalam Takungan Air Kumbahan

Kanak-kanak ditemukan dalam air kumbahan

Kanak-Kanak Disahkan Mati Selepas Ditemukan Dalam Takungan Air Kumbahan

KOTA BHARU, 23 Mac (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dijumpai di dalam takungan air kumbahan di Ketereh di sini semalam disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul  5.25 petang semalam.

Katanya terdahulu bapa tiri mangsa dan isterinya menyedari ketiadaan kanak-kanak itu di rumah kedai mereka di Jalan Kuala Krai-Kok Lanas kira-kira 2.25 petang.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

“Mangsa kemudian dijumpai oleh keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas dan pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosdi berkata mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk tujuan bedah siasat dan pemeriksaan.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah ‘drowning’ (lemas air) selain tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan simati,” katanya.

Katanya lagi, mayat kanak-kanak itu telah diserahkan kepada keluarga bagi urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak Disahkan Mati Selepas Ditemukan Dalam Takungan Air Kumbahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*