Kanak-Kanak Lelaki Dijumpai Di Tepi Jalan Dengan Kesan Cedera

Kanak-kanak lelaki dijumpai di tepi jalan dengan kesan cedera

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki dijumpai duduk bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Pangsapuri Cheras Utama, Batu 9, Cheras, di sini dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan yang disyaki mangsa dera.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak dianggar berusia empat tahun dan tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan itu ditemukan seorang lelaki pada 11.30 malam semalam.

Beliau berkata bertindak atas laporan, sepasukan polis tugas Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Batu 9 telah menuju ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Kanak-kanak itu dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan terhadapnya gagal menemukan sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

“Pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian badan, tangan, jari dan dahi mangsa. Polis mengesyaki mangsa bukan warga tempatan kerana tiada sebarang kesan suntikan vaksin di bahunya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Zaid berkata kanak-kanak itu dirawat di Hospital Kajang dan pemeriksaan awal pegawai perubatan mengesahkan keadaannya sihat dan stabil.

Beliau berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

“Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan untuk menyalurkannya ke mana-mana balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395,” katanya sambil menambah kanak-kanak itu telah dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Langat.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak Lelaki Dijumpai Di Tepi Jalan Dengan Kesan Cedera appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*