Kanak-kanak Melecur, Sinki Meletup Jiran Cuci Guna Serbuk Soda

budak melecur sinki soda

Kanak-kanak Melecur, Sinki Meletup Jiran Cuci Guna Serbuk Soda

Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki. Kejadian berkenaan dilapor berlaku di sebuah rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan, kejadian tersebut disedari ibu kanak-kanak terbabit.

Wanita tersebut berada di kediaman mereka di tingkat satu ketika mendengar bunyi letupan dari bahagian dapur.

Ujarnya, kejadian tersebut mengakibatkan kecederaan terhadap anak lelaki (9) dan perempuan (7) cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan.

Kanak-kanak alami kesan melecur pada beberapa bahagian

“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.

“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Sinki meletup dipercayai berpunca dari serbuk soda yang digunakan jiran

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit dipercayai menggunakan serbuk soda untuk membersihkan sinkinya yang tersumbat. Serbuk soda berharga RM50 itu dibeli melalui kedai atas talian.

Siasatan kes ini masih berjalan termasuk merekodkan keterangan dari ibu mangsa. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.

angkara serbuk soda asid, kanak-kanak melecur akibat sinki meletup
Kredit: Facebook

Kes terdahulu melibatkan insiden kanak-kanak melecur

Sebelum ini, pihak polis menahan suami isteri bagi membantu siasatan melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan awal.

Anaknya didapati melecur akibat bermain api di timbunan sampah di Kampung Parit Kuchi, Pontian, 30 Dis lepas.

Pasangan tersebut telah ditahan pada 4 Januari semasa memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.

Kedua-duanya akan disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selain itu, terdapat kesan terbakar dan melecur di bahagian sendi, beberapa anggota badan di bahagian kanan badan hingga kaki dan lengan kiri.

Bukan itu sahaja, kedua-dua bahagian paha dan bahagian telinga kanan mangsa turut mmemiliki kesan terbakar akibat kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya mempercayai kanak-kanak itu tidak dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum rakan kepada ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu membuat laporan polis semalam.

BACA: Suami Isteri Ditahan Dipercayai Abai Rawatan Anak Melecur

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-kanak Melecur, Sinki Meletup Jiran Cuci Guna Serbuk Soda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*