Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Maut Dalam Kebakaran

kanak-kanak maut kebakaran

Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Maut Dalam Kebakaran

BALING, 24 Feb (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas rumahnya di Kampung Besah, Kuala Ketil dekat sini, terbakar kira-kira 7 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata mangsa dikenali sebagai Nor Batrisha Razali.

Beliau berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan pada 7.08 pagi dan telah mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah rumah kelas B telah terbakar 90 peratus dan mangsa ditemui di dalam bilik tidur tingkat bawah rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat yang mengesahkan kejadian itu berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan penuh akan menyusul,” katanya.

BACA: Warga Emas Maut SUV Rempuh Pokok

Sumber: Bernama

 

The post Kanak-Kanak Perempuan 12 Tahun Maut Dalam Kebakaran appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*