Connect with us

Global

Kantoi ‘Check In’ Hotel Dengan Kekasih, Lelaki Rela Ditampar Isteri Berkali-kali

Sejak dahulu lagi, kes kecurangan dalam rumah tangga seakan sudah menjadi satu situasi biasa apabila ia berlaku di mana-mana sahaja malah, sering ditularkan di serata laman sosial.

Baru-baru ini, seorang lelaki di Indonesia kantoi curang apabila dia telah dicekup oleh isterinya sendiri ketika sedang berdua-duaan bersama wanita lain dipercayai sedang melakukan hubungan intim di bilik hotel, lapor Indo Zone.

Apa kurangnya aku pada kau?
Berdasarkan sebuah posting @martapurapedia di Instagram, dilihat seorang wanita berbaju hitam yang dipercayai isteri lelaki tebabit, memukul suaminya dimana waktu itu tidak sempat mengenakan pakaian di atas katil.


Wanita itu menampar dan memukul bahu suaminya berkali-kali dengan penuh rasa marah sementara wanita berambut perang yang didakwa kekasih gelap suaminya itu hanya menundukkan muka, cuba menghindari dari dirakam kamera.

“Ya Allah, apa kurangnya aku pada kau,” teriak si isteri sambil menampar suaminya tanpa henti.

Dalam pada itu, mereka sempat berbicara dengan satu sama lain dalam bahasa Jawa. Difahamkan lagi, kekasih gelap lelaki tersebut mengaku dia tidak tahu-menahu bahawa lelaki yang ‘menidurinya’ itu merupakan suami orang.

“Aku tak tahu yang dia sudah beristeri,” kata wanita itu sambil berselindung di belakang lelaki terbabit.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah seperti tidak ada rasa bersalah langsung, si suami dilihat cuba menghalang isterinya daripada menyakiti wanita tersebut.

Lapor polis sahaja!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyuruh agar perbuatannya itu dilaporkan kepada pihak polis.


Hmm… Begitulah dunia akhir zaman. Kes curang macam dah jadi ‘normal’ dalam kalangan masyarakat. Harapnya mereka dapat menyelesaikan konflik tersebut dengan cara baik.

Sumber: Indozone, Instagram martapurapedia


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags