Kantoi Curang Jadi Punca Bercerai, Aktres Rupanya Jalin Hubungan Sulit Dengan Suami Orang

Sebelum ini, seorang selebriti wanita yang pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan telah bercerai dengan bekas suami gara-gara sudah tiada persefahaman.

Namun kini, selebriti wanita yang berstatus janda itu didakwa rupanya kantoi curang dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Menurut laporan Gempak, artis wanita itu didakwa mula menjalinkan hubungan sulit dengan suami orang ketika artis itu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Malah, sejak mereka menjalinkan hubungan cinta, rumah tangga lelaki itu didakwa makin bermasalah.

Difahamkan, lelaki itu turut sudah lama mendirikan rumah tangga dengan isterinya namun, mereka baru dikurniakan seorang anak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sejauh manakah kesahihan dakwaan ini.

BACA: Suami orang dicekup berkhalwat dengan wanita lain menyorok bawah tilam di hotel Kulim

SUMBER : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*