Connect with us

Info

Kantoi Zina Walaupun Dah Kahwin, Empat Kali Lahir Anak Luar Nikah

Berkhidmat sebagai tempat perlindungan bagi remaja hamil luar nikah, Baitus Solehah sering berkongsi kisah dan pengalaman anak jagaan di laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Baitus Solehah mendedahkan kisah seorang wanita yang sudah berkahwin yang tergamak berzina dengan lelaki lain sehingga hamil.

Keempat-empat anaknya tidak sah taraf..


Melalui perkongsian Baitus Solehah di Facebook, mereka berkongsi pengalaman mereka sepanjang mengendalikan urusan pendaftaran bayi tidak sah taraf dan sebagainya. Mereka mengakui bahawa itu bukan perkara yang mudah kerana terdapat banyak proses yang perlu dilakukan.

Menceritakan lebih lanjut, ada seorang wanita yang berusia 24 tahun yang sudah berkahwin telah mendaftar masuk ke Baitus Solehah tetapi ketika ditanya tentang kandungan, wanita terbabit dikatakan enggan bercakap jujur.

Tetapi semuanya ‘terkantoi’ setelah Baitus Solehah mendaftarkan kelahiran bayi berkenaan. Rupa-rupanya ia adalah anak keempat yang berstatus tidak sah taraf.

“Ketika daftar masuk tidak jujur, tidak menyatakan kandungan anak keberapa. Sangkaan saya datang Baitus Solehah, merupakan kandungan kali pertama. Sekali bila daftar kelahiran, rupanya anak ke 4. Keempat anak pulak tidak sah taraf. Sedangkan pernah bernikah.”

Difahamkan, wanita ini dan suaminya bercerai setelah melahirkan anak kedua mereka. Keputusan itu dibuat setelah suami melakukan ujian DNA dan hasilnya menunjukkan bayi dalam kandungan bukan darah dagingnya.

“Menurut beliau, “kami bercerai selepas lahir anak kedua.” Bernikah waktu mengandung anak pertama. Maka sepatutnya anak kedua adalah anak sah taraf, tetapi kenapa didalam rekod dinyatakan anak tidak sah taraf juga.

Rupanya ketika mengandung anak kedua, berzina dengan orang lain. Suami sanggup buat ujian DNA sebelum membenarkan guna sijil nikah untuk daftar kelahiran. Dari DNA disahkan benar bukan anak suami. Jadi suami jatuhkan talak. Lepas tu anak ketiga dengan orang lain. Sekarang anak ke-4 pun dengan lelaki lain.”

‘Sampai bila mahu berzina?’

Sementara itu, Baitus Solehah menasihati orang ramai, terutama wanita, untuk menjaga maruah diri dan tidak terjebak dalam melakukan perbuatan tidak bermoral.

Tidak kurang juga, wanita yang sudah berkahwin juga dinasihatkan untuk menjaga rumah tangga dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai isteri di samping taat dan mematuhi perintah suami.

“Sampai bila nak berzina? Dah elok nikah ada suami, masih main cinta dengan orang lain. Akibatnya diceraikan. Cukup cukup melakukan dosa yang lepas, usah ditambah dosa baru. Yang terima dan menanggung akibat adalah anak tu. Kasihan, sampai 4 orang. Umur masih muda, baru 24 tahun.”


Sumber: Baitus Solehah


Continue Reading
Advertisement

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags