Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais..

Syok juga kalau dapat masak kari ayam Bangladesh hari ni. Kalau tak nak makan dengan nasi putih, korang boleh makan dengan roti puri.

Fuh! Sedap weh. Resepi viral di TikTok ini di masak tanpa santan. Kuahnya pekat dan cantik. Lebih tahan dari masak kari guna santan tau.

Cara masak kari ni pun ada pelbagai versi. Lain cara, lain rasa enaknya. Masing-masing resepi pun ada tips dan rasa sedapnya tersendiri.

Korang boleh try resepi yang di kongsikan oleh @adikfoods ni. Memang menjadi. Syaratnya follow sebijik-sebijik cara penyediaannya di sini.

Selain daripada menggunakan ayam, resepi ni boleh di masak menggunakan daging.

Kuantiti bahan pula boleh adjust ikut kuantiti ayam atau daging yang korang nak masak tu nanti. Untuk rasa lagi pedas, korang boleh tambah cili kisar dalam tumisan.

Resipi Kari Bangladesh

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 sudu makan rempah kari ayam/daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/2 – 1 inci halia
  • 1 biji cili merah
  • bendi
  • tomato
  • 300 – 400ml air
  • 2 sudu yogurt asli/santan
  • 1 sudu teh garam

Cara memasak:

@adikfoods

Moh le buat Kari Ayam Ala Bangladesh yang saya ikut resipi @femmes_introverties thank you ya. Sedap dan mudah nak masak. Gedebok semua dalam poyok! #adikfoods #adikfoodsrecipe #recipe #MakanLokal #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #myfoodie #tiktokchef #tiktokfood #curry #yummy #homecooking #foryou #fyp #food

♬ original sound – AdikFoods – AdikFoodS

Siap untuk dihidang! Masak kari dah siap, korang nak makan dengan nasi je ke atau nak makan dengan roti puri.

Roti puri instant, roti canai instant pun dah ada jual. Boleh beli yang dah siap kalau nak. Kalau rajin nak nguli, lagi better buat sendiri.

Selamat mencuba!

BACA: Cara Buat Roti John Sedap & Mudah Secara Homemade.

Kredit: Myresepi

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*