Kaya selepas temui syiling emas bawah dapur

Sepasang suami isteri di Britain menjadi lebih kaya setelah menemui syiling emas bernilai lebih £250,000 (RM1.3 juta) di bawah lantai dapur rumah mereka, lapor akhbar Mirror UK.

Pasangan itu menemui 264 keping syiling di hartanah berasingan di Kampung Ellerby, North Yorkshire.

Ketika kejadian, pasangan itu sedang mengubah suai lantai dapur rumah sebelum mereka menemui syiling berusia 400 tahun itu yang diisi di dalam sebuah tin logam. Ia tertimbus di dalam lantai konkrit setebal 15 sentimeter (sm).

Mereka pada awalnya menemui beberapa kabel elektrik biasa di bawah rumah yang dihuni selama lebih 10 tahun itu. Sebaik sahaja mengangkat lantai, mereka menjumpai cawan tin yang diisi dengan syiling berharga.

Beberapa syiling emas itu bertarikh dari 1610 hingga 1727 ketika pemerintahan Raja James I, Charles I dan George I.

Pasangan itu mahukan pendapat ahli profesional tentang penemuan itu. Mereka segera menghubungi firma lelongan d Spink & Son di London. Pegawainya melawat rumah pasangan itu dan memberi analisis tentang penemuan tersebut.

Syiling itu didapati milik keluarga saudagar kaya dari bandar Hull, Fernley-Maisters.

Fernley-Maisters adalah pengimport dan pengeksport kayu balak, arang batu dan bijih besi dengan generasi terkemudian berkhidmat sebagai anggota Parlimen pada awal 1700-an. – Agensi

BACA: Video Wanita ‘Heret’ Lelaki Pulang Ketika Main Bola Tular

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*