Kebakaran Depoh Pertamina Jakarta: Angka Kematian Kini 19 Orang

Kebakaran Depoh Pertamina

Kebakaran Depoh Pertamina Jakarta: Angka Kematian Kini 19 Orang

JAKARTA — Angka kematian akibat kebakaran di Depoh Pertamina Plumpang, Jakarta Utara dilaporkan meningkat kepada 19 orang manakala tiga orang lagi masih dalam pencarian, lapor CNN Indonesia.

Menurut Koja Infantri, Mejar Ikhwan ketika ditemui di Jakarta Utara hari ini, jumlah itu melibatkan orang awam termasuk kanak-kanak.

“Laporan terbaru dari Pos Tindak Balas Kecemasan Koramil melaporkan bahawa seramai 19 orang terlibat dalam tragedi itu. Ia termasuk 14 orang dewasa dan lima orang kanak-kanak.

“Sementara tiga lagi mangsa yang hilang merupakan kanak-kanak berusia lingkungan belasan tahun sedang giat dicari. Mereka dilaporkan terpisah daripada ibu bapa mereka sewaktu cuba melarikan diri.

“Hasil siasatan, mereka sedang mengaji di TPA berhampiran letupan depoh Pertamina Plumpang,” katanya menerusi Antara.

Susulan itu, pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk melakukan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang masih hilang. Mereka dipercayai tertimbus di sebuah rumah terbakar akibat letupan itu.

Seramai 297 penduduk yang terjejas akibat tragedi itu dan masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga kini.

Sementara itu, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden itu termasuk mengambil keterangan saksi dan melihat kamera litar tertutup (CCTV). Ia bagi mengenal pasti punca berlaku kebakaran berkenaan.

BACA JUGA: Banjir: Tiga Maut Terkena Renjatan Elektrik

Ketua Polis Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo berkata siasatan kebakaran sedang dijalankan menggunakan kaedah siasatan jenayah saintifik.

Tambahnya, berdasarkan maklumat awal terdapat masalah teknikal yang berlaku disebabkan tekanan berlebihan sebelum kebakaran berlaku.

Bagaimanapun, dipercayai 21 orang dilaporkan hilang dalam tragedi tersebut.

Terdahulu, seramai 18 orang dilaporkan maut dalam kejadian itu. Manakala lebih 35 orang masih lagi di hospital untuk rawatan lanjut.

Depoh Pertamina Plumpang di Jakarta Utara dilaporkan terbakar pada Jumaat lalu (3 Mac). Insiden itu difahamkan berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan.

Dalam kejadian itu, sebanyak 52 unit trak bomba dan sekitar 250 anggota telah dikerahkan oleh Agensi Pengurusan dan Penyelamat (Gulkarmat) Bomba DKI Jakarta bagi memadankan kebakaran.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira pada jam 11 malam waktu tempatan.

Sumber: CNN Indonesia (1), (2)

The post Kebakaran Depoh Pertamina Jakarta: Angka Kematian Kini 19 Orang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*