Connect with us

Semasa

Kecoh Tular Rakaman Pelajar Dipukul Rakan Sekelas, Ini Punca Sebenar Kejadian

Published

on

KLIP video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dise3rang oleh rakan sekelasnya, tvlar di media sosial.

Mangsa yang mengalami kece3deraan di kepala dan badan, dilihat diserang di kawasan sekolah kira-kira pukul 2.30 petang Rabu (3 Julai).

Difahamkan mangsa dibawa ke kawasan berhampiran kawasan parkir motosikal oleh seorang pelajar lain, mendakwa individu yang terbabit dalam persel1isihan faham dengannya sebelum itu mahu meminta maaf.

Sebaik mangsa tiba di tempat kejadian, seorang individu dilaporkan memohon maaf dan kemudian men0laknya semasa dia hendak beredar, mengakibatkan mangsa terjatuh.

Pelajar itu kemudian memvukul kepala mangsa yang terbaring di tanah, dan menendangnya.

Salah seorang pelajar yang turut berada di tempat kejadian membuat rakaman i11nsiden menggunakan telefon bimbit.

Menerusi klip tersebut, kedengaran pelajar-pelajar lain bersorak terhadap penyerang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Haslah Bachok berkata, mangsa yang ditemani ibu bapanya membuat laporan polis di balai polis Seri Menanti pada kira-kira 11 malam Rabu.

“Kita akan memanggil beberapa pelajar bagi membantu si1asatan.

“Setakat ini, hanya seorang pelajar yang meny3erang mangsa,” tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Kes3eksaan kerana mendatangkan kec3ederaan.

Ejek nama ibu punya pasal

RASA tidak puas hati kerana mengejek nama ibu dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pelajar berusia 14 tahun di sekolah menengah di Kuala Pilah, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, terdahulu, kedua-dua pelajar berkenaan dikatakan terbabit dalam i1nsiden mengejek nama ibu sebelum berjumpa di satu kawasan sekolah bagi menyelesaikan perselisihan faham itu.

Katanya, perjumpaan itu bagaimanapun disusuli dengan pertengkaran mulut sehingga berlaku pergaduhan.

 

Baca: Pelajar ditemui tak sedarkan diri akibat terlalu mabuk selepas teguk arak ‘Seven Seas’ campur ‘Coke’

sumber: mstar, hmetro

Advertisement

Tags

Archives

Trending