Kelantan FC Haramkan Permainan Lato-Lato Dibawa Masuk Ke Dalam Stadium

kelantan fc lato-lato

Kelantan FC Haramkan Permainan Lato-Lato Dibawa Masuk Ke Dalam Stadium

Permainan lato-lato yang mendapat sambutan hangat pada masa kini diharamkan dibawa masuk ke dalam stadium, kata pemilik kelab Kelantan FC pada hari ini.

Keputusan larangan itu telah menjadikan Kelantan FC kelab pertama di negara ini yang mengharamkan permainan tersebut dibawa masuk ke dalam stadium.

Pengumuman itu dibuat oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham di Facebook miliknya sebentar tadi.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

“Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” tulis beliau ringkas berkenaan larangan terbaru tersebut.

Untuk makluman, perlawanan pada petang ini merupakan perlawanan pertama bagi saingan Liga Super Malaysia sesi 2023. Perlawanan pada petang ini bakal menampilkan pertemuan antara Kelantan FC bersama pasukan Kuching City FC.

Perlawanan yang dijadualkan bermula pada 5.30 petang tadi diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu, keputusan larangan membawa masuk permainan lato-lato ke dalam stadium itu telah mendapat sambutan daripada orang ramai.

Ramai netizen yang meninggalkan komen menyokong penuh keputusan larangan tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Terbaik Boh Zam. Jangan cepat melatah, boh Zam buat keputusan yang tepat. Bahaya benda tu boleh jadi peluru dan senjata. Kena boleh benjol dahi,” tulis seorang netizen yang menyokong keputusan larangan tersebut.

“Buat sakit telinga dan boleh jadi senjata baik dalam padang,” tulis seorang lagi yang tidak senang dengan bunyi daripada permainan berkenaan.

“Harap-harap semua stadium bola haramkan terus lato-lato. Betul-betul pencemaran bunyi,” tulis seorang netizen yang mencadangkan stadium yang lain turut mengikuti langkah larangan tersebut.

Selain lato-lato, terdapat juga komen yang meminta untuk mengharamkan penjualan dan membawa masuk sejenis alat muzik mainan iaitu terompet.

“Bos Zam haramkan terompet di dalam Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Haramkan juga penjualannya di sekitar kawasan Stadium Sultan Muhammad IV,” tulis seorang netizen yang memberi cadangan pengharaman sejenis lagi alat yang mampu mengeluarkan bunyi-bunyian yang kuat.

Sumber: Zamsaham via Facebook

The post Kelantan FC Haramkan Permainan Lato-Lato Dibawa Masuk Ke Dalam Stadium appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*