Keluarga Tak Mampu Lunas Bil Hospital, Jenazah Muslimah Sebulan ‘Huni’ Bilik Mayat Bakal Dikebumikan

jenazah sebulan bilik mayat

Keluarga Tak Mampu Lunas Bil Hospital, Jenazah Muslimah Sebulan ‘Huni’ Bilik Mayat Bakal Dikebumikan

Jasad seorang wanita warga Filipina yang beragama Islam dilaporkan terpaksa dibiarkan selama sebulan di peti mayat Hospital Sungai Buloh selepas kaum keluarganya didakwa tidak mampu melunaskan bil hospital.

Perkara itu dikongsikan oleh Ustaz Rafie Zainal di Facebook miliknya pada Selasa lalu.

Ustaz Rafie yang merupakan Pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) berkata bahawa wanita tersebut telah meninggal dunia sejak 22 Februari lalu.

“Allahuakbar.. Petang ini saya terima satu kes kematian muslimah warga Filipina. Arwah dah meninggal dunia sebulan,” tulis beliau menerusi perkongsiannya.

Menurutnya, jenazah tidak dapat disempurnakan kerana waris mayat tidak mampu untuk menuntut jenazah tersebut.

“Jenazahnya tak dapat disempurnakan lagi kerana warisnya tak mampu untuk menuntut jenazah. Bil rawatan hospital RM 6,601.00 tak dapat dijelaskan lagi,” tambahnya lagi.

Jenazah dikatakan telah meninggal dunia pada 22 Februari lalu kerana menghidapi penyakit severe pulmonary tuberculosis atau lebih mudah jangkitan kuman pada paru-paru.

“Arwah meninggal dunia pada 22 Februari 2023 lepas. Sehingga kini jasadnya masih berada dalam peti mayat Hospital Sg Buloh. Saya sebolehnya nak jenazahnya diuruskan paling lewat esok. Kesian jenazah!” tulisnya lagi.

Memerlukan dana untuk menguruskan jenazah

Ekoran daripada itu, Ustaz Rafie cuba menyelesaikannya melalui mengutip sumbangan daripada orang ramai.

Orang ramai yang prihatin dilaporkan segera menghulurkan sumbangan melalui akaun bank Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia.

Beberapa jam selepas beliau berkongsikan berkenaan perkara itu, kutipan dana untuk membayar bil hospital dilaporkan telah mencukupi.

Berikutan dari itu, beliau terus mengumumkan untuk menutup sumbangan dan memaklumkan pengebumian jenazah tersebut akan segera dilakukan.

“Alhamdulillah, kutipan dana untuk menjelaskan bayaran bil rawatan hospital bagi jenazah warga Filipina yang telah sebulan meninggal dunia telah pun mencukupi,” tulisnya di Facebook.

Baca: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

“Insya’Allah, jenazah akan diuruskan pada pagi esok. Semoga dilancarkan segala urusan jenazahnya.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan memberkati rezeki yang kita usahakan. Aamiin.” tulisnya dalam muat naik hantaran terbaru tersebut. 

Sumber: Ustaz Rafie Zainal via Facebook

The post Keluarga Tak Mampu Lunas Bil Hospital, Jenazah Muslimah Sebulan ‘Huni’ Bilik Mayat Bakal Dikebumikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*